Tag Archives: resepi apam mudah

Apam Pelangi

Salam…

Apam pelangi ni saya buat untuk breakfast pagi tadi… apam ni pun dah ramai yang telah mencuba…. sedap dan tak muak…sebab tak guna butter…. Cuti2 sekolah ni anak2 saya banyak masa kat rumah.. Saya buat apam ni standby je.. kalau lapar.. ada gak benda nak makan… at least dia orang makan makanan yang berkhasiat… lebih baik dari makan junkfood….

Apam yang saya buat ni memang sedap tapi saya tak berapa suka warnanya… asal2 nak buat kaler hijau dan pink pastel aja.. tapi saya terbubuh lebih pewarna merah… tu yang jadi warna merah tua menyala tu… seksalah sikit ┬ámata menengoknya!!!!

Apa2 pun jom layan resepi….

Apam Pelangi ( sumber c &p: Dapur Anymz )

2 biji telur
1 sudu teh ovellet
1/2 sudu teh esen vanila
150 gm tepung gandum ( 1 1/3 cawan )
150 gm gula halus ( 2/3 cawan )
125 ml santan kara
1 sudu teh baking powder
garam secubit
pewarna

Cara Penyediaan

1. Pukul telur dengan gula dan ovelet sampai gebu.
2. Masukkan santan dan esen vanilla kacau sebati.
3. Masukkan tepung yang diayak bersama baking powder kacau rata.
4. Bahagi kepada 3 warna yang kita suka. Tuangkan selapis demi selapis sehingga habis dan kukus 30 minit sehingga masak.


Related Posts with Thumbnails