Tag Archives: resepi apple crumble

Apple Crumble

Apple crumble ni adalah hasil blogwalking kat food blog omputih bulan lepas ( terlupa lak nak amik link dia )…. Tapi baru berkesempataan nak buat!! Walaupun rupanya hitam manis tetapi rasanya memang sedap… ada bau kayu manis dengan rasanya masam-masam manis. Tapi next time buat kene kurangkan gula kerana kalau ikut resepi asalnya terasa sangat manisnya …… Saya dah translate resepinya ke bahasa melayu.. sila lah terjah!!!!

Yang ni gambar adunan yang belum bakar…..

Resepi Apple Crumble

6 biji epal ( kupas kulit, buang tengah dan dipotong nipis)
2 sudu makan kismis
6 sudu makan gula perang ( agak manis… boleh kurangkan kepada 4 sudu…ok kot )
1 sudu teh serbuk kayu manis
1 sudu butter

Crumble
4 sudu makan butter
1/2 cawan gula perang
1/2 cawan tepung gandum
1/2 cawan oat

Cara Penyediaan

1. Satukan epal, butter, gula perang dan serbuk kulit kayu manis dalam periuk.
2. Masak hingga air yang keluar dari apple tadi  kering sedikit dan agak pekat.
3. Kemudian masukkan dalam acuan yang telah disapu dengan butter.
4. Untuk crumble, satukan tepung, gula perang, oat dan butter dalam sebuah bekas.
5. Gaul dan ramas adunan hingga rata dan menjadi serbuk roti
6. Taburkan dengan kismis ke atas apple tadi kemudian taburkan crumble diatasnya.
7. Bakar dalam suhu 350 F selama 35 minit.

* kalau tak mau apple crumble warna gelap…. boleh tukar gula kepada gula biasa.
** sedap di makan dengan ais krim vanilla atau sos kastard.

Related Posts with Thumbnails