Tag Archives: Resepi asam pedas mudah

Asam Pedas Ikan Tenggiri

Hari ni saya masak asam pedas ikan tenggiri… Fuh layan gilerr…. Anak tekak dah macam tak boleh terima lauk yang berempah, lemak atau kari!!! So makan tengahari memang best dapat makan asampedas, ulam-ulaman dan sambal belacan!!! Resepi ni dari dapur mat gebu… Saya terasa-rasa nak makan asam pedas versi mat gebu…. Memang best!!! Sila Cuba!!!

Resepi Asam pedas Ikan Tenggiri ( sumber: Dapur mat Gebu )

Bahan-bahannya

1 ekor ikan tenggiri ( apa2 ikan pun boleh)
1 biji kecil nenas madu, kupas dan hiris sederhana tebal – tak letak tak de!
1/2 cawan jus asam jawa
1/2 cawan cili kisar (nak pedas boleh lebih)
Garam dan gula secukup rasa
6 biji bawang merah*
1/2 inci kunyit hidup*
2 ulas bawang putih*
1/2 inci belacan*
1/2 camca teh lada hitam biji ( tumbuk halus)
Daun Kesom secukupnya – saya tambah

Cara Penyediaannya

1. Ikan tenggiri disiang, belah-belah ikut saiz yang dikehendaki, dibersihkan dan toskan..
2. Panaskan sedikit minyak dalam periuk, tumis bahan tumbuk halus hingga harum, masukkan cili kisar dan tumis hingga terbit minyak. Masukkan nenas dan gaul rata.
3. Tuang air secukupnya dan biar mendidih. Masukkan ikan, kacau perlahan dan tuang jus asam jawa. Bila mendidih, masukkan garam secukup rasa dan sedikit gula. Sesiapa nak guna serbuk perasa pun ok.
4. Biar masak sekejap, rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi dan juga ulam-ulaman.

** Kalau nak tambah bunga kantan ke, daun kesom ke, pun boleh, tak de masalah, nenas tu boleh ganti dengan apa2 sayur kegemaran, terung, bendi, tomato atau sawi jeruk…ikut selera memasing…

Related Posts with Thumbnails