Tag Archives: resepi ayam goreng kunyit

Ayam Goreng Kunyit

Hari cuti ni…. agak malas nak memasak… biasa tu hari cuti ni macam-macam resepi nak buat!!! Sebabnya sekarang tengah dalam mood nak jalan-jalan…… nak mereleasekan tention sebab dah lama sangat terperap dalam rumah!!! Badan pun dah naik semangat kerana dah lama tak exersice…. so ni resepi yang simple ni je yang dapat saya sediakan…… Ok, ku tinggalkan sekejap blog ni … kerana saya nak meluangkan masa bersama famili tercinta untuk jalan-jalan cari makan!!!!

Resepi Ayam Goreng Kunyit

1/2 ekor ayam
serbuk kunyit secukup rasa
sedikit garam secukup rasa.
sedikit lada sulah
Bahan tumis
1 labu bawang besar
1 biji lada merah
1 biji lada hijau
sedikit garam
sedikit gula
sedikit perasa

Cara penyediaan

1. Ayam di potong-potong dan di bersihkan kemudian toskan.
2. Gaulkan dengan serbuk kunyit, serbuk lada sulah, dan garam kemudian goreng hingga kekuningan.
3. Tumiskan bawang dan cili besar kemudian masukkan garam, gula dam sedikit perasa.
4. Masukkan ayam yang telah di goreng tadi…. gaul seketika kemudian angkat dan hidangkan.


Related Posts with Thumbnails