Tag Archives: Resepi ayam panggang lada hitam

Ayam Panggang Ala Kenny Roger

Salam…

Hari ni saya masak ayam panggang ala Kenny Roger buat makan tengahari… Ramai yang dah cuba resepi ni dan memang sedap  sangat mengikut citarasa saya…  Kalau nak lebih sedap peraplah ayam ni semalaman dalam peti sejuk agar rempahnya lebih meresap…. sebab keenakan ayam panggang Kenny Roger yang sebenarnya adalah kerana rempahnya sangat terasa hingga ke dalam dagingnya…

Resepi asal dari CikMid dan saya cnp dari dapur Hana…. Anyway thanks 2 uolls, kerana kongsikan resepi yg sedap ni….

Resepi Ayam Panggang Ala Kenny Roger ( sumber : Dapur Hana )

1 ekor ayam (bersihkan dan tidak perlu dipotong kecil)
Bahan-2 untuk make up ayam :
3 biji bawang besar
4 biji bawang putih
1 inci halia
2 atau 3 sudu besar sos lada hitam – ( ganti ngan sos tiram+kicap pekat n lada hitam byk. )
2 sudu besar madu
1 ketul kiub ayam Knorr
2 sudu besar gula pasir- Saya guna gula perang
2 sudu besar herba campuran
1 1/2 sudu teh garam halus
Sedikit air untuk mengisar kesemua bahan make-up.
Sedikit mentega

Cara penyediaan

1. Campur kesemua bahan make-up dengan sedikit air dan kisar.
2. Lumurkan keseluruhan bahan tadi diluar dan dalam ayam yang telah dibersihkan.
3. Perap selama 1 1/2 jam – semalaman.
4. Sapu sedikit mentega keseluruhan ayam dan bakar/panggang. Bakar selama 1 1/2 jam atau sehingga ayam masak.
5. Semasa  membakar, selepas 1/2 jam pertama, sapukan ayam dengan minyak n campuran rempah yang menitis. Ini supaya ayam tidak terlalu kering.
6. Hidangkan bersama kentang goreng, coleslaw dan kentang putar.

Update…

Banyak brand mix herb yang boleh di gunakan utk buat ayam panggang ni… Saya guna rempah mix herb jenis ni utk buat rempah ayam panggang Kenny Roger roster… Tecco Brand so kena beli di Tesco sahaja….

Related Posts with Thumbnails