Tag Archives: resepi ayam panggang yogurt

Ayam Panggang Yogurt Berempah

Hari ni nak enti pasal lauk semalam yang saya masak ngan nasi karot…. Ayam panggang yogurt berempah. Resepi ni pun hasil dari search kat google hari tuh. Bila tengok je resepi tu tergerak nak try sebab bahan2nya mudah dan dah tersedia kat dapur. Tapi saya dah ubah suai resepi asal tu sikit ikut kesesuaian dan citarasa saya. Rasa ayam ni memang sedap!! Dan saya rasa teruja nak buat lagi!!! Sesapa yang nak try masak ayam ni saya dah translate resepi nya ke bahasa melayu!!!

Resepi Grilled Chicken in Spiced Yogurt ( adapted dari sumber asal :dari sini )

Bahan2nya
1 ekor ayam ( di potong 4-12, kemudian dibersihkan dan di tos )
1 cawan yogurt/tairu
3 sudu makan minyak zaitun atau minyak sayuran
2 1/2 sudu makan jus lemon
1 sudu makan garam
2 – 3 sudu makan gula – ikut citarasa
sedikit perasa jika suka
1 sudu makan serbuk cili
3/4 sudu makan campuran ┬ájintan kasar dan halus – ditumbuk
3/4 sudu makan biji ┬áketumbar – ditumbuk
3/4 sudu makan ┬álada hitam – ditumbuk
1/2 serbuk kayu manis
4 ulas bawang putih ( di goreng dulu hingga kekuningan ) – ditumbuk
1 sudu makan halia yang telah di tumbuk

Cara penyediaan

1. Satukan semua bahan2 di atas.
2. Kemudian perap dalam peti sejuk semalaman atau 1-3 jam pada suhu bilik. Ikut suka nak perap lama mana… lebih lama kita perap ayam tu lebih sedap.
3. Susun ayam dalam tray kemudian bakar ayam dalam ketuhar/oven selama 45 minit-1 jam, ikut saiz ayam.
4. Semasa bakar tu, jangan lupa balik2kan ayam tadi agar rata masaknya.
5. Boleh jugak jika nak bakar dengan arang.
6. Bila masak angkat dan hidangkan dengan nasi karot dan acar!!!

Oppsss… lagi satu kalau kat dapur tak de yogurt atau tairu jangan risau!! kita boleh buat sendiri… caranya dengan mencampurkan 1 cawan susu cair dengan 4 – 5 sudu jus limau kasturi/nipis. Susu tadi akan menjadi pekat seperti yogurt dan bolehlah dicampurkan dengan ayam dan bahan2 lain.

Related Posts with Thumbnails