Tag Archives: Resepi ayam percik sedap

Ayam Percik

… Salam…

Hari ni saya masak ayam percik untuk hidangan berbuka puasa. Rasanya dah lama tak masak ayam percik ni. Nak beli kat bazar Ramadan ayam percik ni mahal tapi anak2 tak puas nak makan…dan kadang2 rasa ayam percik di bazar ni tak memenuhi citarasa dan selera kita. Better saya masak sendiri kerana masak ayam percik ni bukanlah susah sangat….

Ayam percik ni memang sedap bakar kat arang, tapi saya bakar dalam oven kerana lebih senang. apa pun boleh tengok resepinya kat bawah…

Resepi Ayam percik ( sumber : Potret Kasih )

Bahan-bahan
1 ekor ayam saiz sederhana ( di potong dan dibersihkan )
2 biji bawang besar (dikisar)
4 ulas bawang putih (dikisar)
1  inci halia (dikisar)
1 inci  kunyit hidup ( dikisar )
1 sudu teh jintan manis ( dikisar )
1 sudu teh jintan putih ( dikisar )
1 sudu makan ketumbar ( dikisar )
2 batang serai (dikisar)
3 -4 biji buah keras ( dikisar )
2 sudu besar cili kisar
1 biji kelapa diambil 1 liter santan -
1 keping asam gelugur
Garam dan gula secukup rasa
air secukupnya untuk kuah
Minyak masak untuk menumis

Cara Penyediaan

1. Satukan bawang besar, bawang putih, halia, kunyit, serai, jintanmanis, jintan putih, biji ketumbar, buah keras dan cili kisar dalam blender kemudian kisar bahan2 hingga hancur.
2. Tumis bahan kisar tadi hingga pecah minyak, kemudian masukkan santan dan air.
3. Masak dan kacau hingga kuah mendidih.
4. Masukkan sedikit garam, asam gelugur dan gula. Sesuaikan rasanya.
5. Masukkan ayam yang telah dipotong2 dan dibersihkan tadi kedalam kuah dan masaklah hingga ayam 3/4 masak.
6. Setelah ayam 3/4 masak  keluarkan ayam tadi  dan ketepikan.
7. Sementara itu, kuah ayam tadi dimasak hingga pekat dan diangkat.
8. Susun ayam tadi di dalam tray, lumurkan dengan kuah tadi dan bakar dalam oven selama 20 – 25 minit.
9. Balik2kan ayam tadi dan lumur sekali lagi dengan kuah dan bakar selama 20 – 25 minit lagi….
10. Angkat dan sedia utk dihidangkan.

** ayam boleh juga di bakar di atas arang… tp saya bakar dalam oven utk lebih mudah.

Related Posts with Thumbnails