Tag Archives: Resepi Bahulu

Bahulu Rose


Musim cuti sekolah ni, anak-anak saya banyak menghabiskan masanya  dirumah!! Aktiviti yang selalu kami lakukan semasa cuti….. apalagi aktiviti makan-makanlah!! paling kurang pun biskut dan roti mesti ada!!!! Teh panas pun mesti selalu terhidang atas meja!! kan sekarang ni tengan musim hujan…turun naik tingkat atas mesti tanya air teh!!kalau musim panas dulu kami belasah minuman berais je….

Tapi sekarang ni mood ada sedikit rajin…. so saya buatlah bahulu. Kuih ni dulu-dulu saya tak berapa gemarkannya….saya lebih sukakan kek. Tapi sekarang ni terbalik pulak……saya lebih sukakan  kuih tradisional ni berbanding ngan kek… anak-anak saya pun sukakannya!!.

Petua nak bahulu lebih sedap, ringan  dan tahan lama…. sebelum buat jemur dulu tepung dan gula dekat sinaran matahari yang panas. Atau bakar sekejap tepung dan gula dalam oven selama beberapa minit sebelum membuat bahulu. Cara ni mudahlah sikit, tapi tak perfect sangat berbanding dengan jika di jemur. Kerana menjemur tepung ni prosesnya mengering secara perlahan-lahan dan tidak ‘memaksa’.

Teringat masa kecil-kecil dulu kalau time  nak raya, satu kampung menjemur tepung dan gula dalam dulang besar kemudian letak atas bumbung termasuklah emak saya!!!. Zaman sekarang ni tak pernah tengok pulak orang buat macam tu… kecuali jiran sebelah rumah saya berbangsa India yang selalu menjemur rempah ratusnya.

Oklah.. lama pulak saya berceloteh… berbalik pada resepi bahulu ni saya amik kat Myresepi. Tengok je kat sana macam-macam ada!! Kalau malas nak gi sana kerana internet lembab macam internet saya ni saya copi kat bawah ye….

Resepi Bahulu Rose

Bahan-bahan ( Saiz 20cm )

4 biji telur
1 1/2 cwn gula pasir (boleh kurangkan jika suka)
1 sdt esen rose
1 3/4 cawan tepung gandum
Sedikit pewarna merah

Cara Penyediaan

1. Pukul telur bersama gula hingga kembang.
2. Masukkan esen rose.
3. Masukkan tepung gandum, pukul lagi sehingga sebati.
4. Asingkan sesenduk daripada adunan tadi, campurkan dengan pewarna. Kacau rata.
5. Sapu acuan dengan minyak masak. Masukkan sedikit adunan asal, kemudian letakkan adunan berwarna dan adunan asal semula. (3 lapisan)
6. Masak pada suhu 180darjah selama (+-)1jam. ( sy punye dalam 45 minit dah masak)

Related Posts with Thumbnails