Tag Archives: Resepi bihun sup

Bihun Sup

Hari ni hari yang ke empat kita semua berpuasa…. saya pun naik pelik kenapa perut saya ni tak kempis macam dulu-dulu…. Kalau dulu tu puasa hari keempat berat badan dah turun 1 kilo…. Tapi sekarang ni puasa dah empat hari, tapi 100 gram pun belum turun….. huaahhhhh!!!!!!…. Lepas ni nak buat azam baru… masa sahur tak nak makan nasi!!! nak makan quaker oat dan buah jerrrrr… boleh ke!!! mesti bolehhhh!!!!

Berbalik dengan juadah berbuka puasa… hari ni saya masak mihun sup….  Wah saya dan cik abang makan dua kali tambah!!! My prince dan my princess makan 1 mangkuk je kerana terlalu kenyang sebab banyak makan kuih…. Kuih untuk hari ni lepat pisang dan air soya yang dibeli kat Bazar Ramadan!!! Tak sempatlah nak snap gambar juadah yang lain2 tu sebab jerung2 yang dah kelaparan laju je terkam!!!!! Cam biasa resepinya kat bawah….. copy paste dri resepi saya yang lama2 tu!!! Selamat mencuba….

Resepi Bihun Sup

1 bungkus Mihun
100-200 g taugeh ( mentah atau celur – saya guna yang mentah )
Daun sup
Daun Bawang
Bawang goreng
Fish cake/ fish ball ( di potong dan di goreng) – option

Cara membuatnya

1. Rendam bihun hingga lembut.
2. Celur bihun dalam air panas. Angkat dan hidangkan.
3. Sementara tu siapkan sup dan sambal kicap.

Untuk Sup Ayam

1 ekor ayam ( potong 4 dan di bersihkan)
5 -6 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
1-2 inci halia ( ikut saiz)
1 sudu besar lada putih
1 sudu kecil campuran jintan manis dan jintan putih
3 kuntum bunga lawang
2 kulit kayu manis
4 biji pelaga
1 sudu besar rempah sup ( serbuk) – yang ni saya tak letak
garam
sedikit perasa/kiub ayam – optional ( saya guna 1 sudu makan pati ayam Maggie dalam botol )

Cara penyediaan

1. Tumbuk lada putih, jintan, halia, bawang merah dan bawang putih.
2. Kemudian tumis kayu manis, bunga lawang, pelaga dan bahan tumbuk hingga wangi dan kering airnya.
3. Masukkan, semua rempah, air hingga 3/4 periuk dan ayam. Masak hingga ayam empuk.
4. Sesuaikan rasanya. Tutup api.
5. Keluarkan ayam. Siat kecil2 isinya kemudian hidangkan dengan bihun celur tadi.
6. Tulang ayam dimasukkan semula dalam sup, Reneh dengan api perlahan.

Untuk Sambal kicap

10-20 biji cili api
1 ulas bawang putih
2 sudu makan gula
1 sudu kecil garam
4 sudu besar kicap manis ( boleh tambah jika pekat sangat)
1 sudu makan sos tiram ( saya tambah untuk lebih pekat dan sedap )

Cara penyediaan

1. Tumbuk lumat cili padi, bawang putih, garam gan gula.
2. Masukkan kicap manis dan kacau sebati hingga gula dan garam benar2 larut.
3. Hidang kan bersama bihun celur, kuah sup dan bahan2 lain.

Related Posts with Thumbnails