Tag Archives: resepi ikan dori masak tiga rasa

Ikan Masak Tiga Rasa


Semalam baru berbelanja….Peti sejuk penuh!!… pening  pula nak masak apa hari ni… Tapi nampak je ikan dori ni, excited pula saya nak masak ikan masak tiga rasa…. kebetulan ada sebijik  nenas kat dapur yang belum terusik ….. so saya pun layan masak ikan dori ni bersama nenas!!! Plan nak masak  gulai ikan masin dengan nenas tertangguh sebab anak lebih suka lauk yang ni…. Ikut ajelah !!… layan tekak anak-anak!!…..

Resepi Ikan Masak Tiga Rasa

1 ekor ikan ( sembarang ikan pun boleh )
1 labu bawang besar ( saiz kecil)
2 ulas bawang putih ( di cincang / di tumbuk )
1/2 halia ( di potong2)
sedikit daun ketumbar
2-3 camca besar sos cili
1 camca besar sos tiram
1 sudu kecil sos ikan ( sos nampla )
1 batang serai ( dititik ) – optional
1 biji buah tomato
1/4 biji nenas ( di potong )
se potong karot ( potong memanjang)
6-8 biji cili api ( dipotong atau sebiji-sebiji)
sedikit garam
sedikit lada sulah
sedikit tepung gandum/ tepung jagung
minyak untuk menggoreng

Cara penyediaan

1. Ikan di bersihkan kemudian di perisakan dengan sedikit garam dan lada sulah.
2. Lumurkan ikan tadi dengan tepung dan goreng dalam minyak panas hingga keemasan.
3. Angkat ikan tadi hidangkan di dalam pinggan dan sediakan sosnya.
4. Tumis bawang putih, bawang besar, serai dan halia hingga wangi kemudian masukkan semua sos.
5. Masukkan nenas, cilipadi, karot dan sedikit air.
6. Bila mendidih sesuaikan rasa masam manisnya. Masukkan buah tomato dan daun ketumbar.
7. Angkat dan curahkan sos  di atas ikan tadi…..

Selamat mencuba…


Related Posts with Thumbnails