Tag Archives: resepi kek gula hangus

Kek Gula Hangus

Salam semua pengunjung yang dikasihi…. Hari ni saya terasa nak buat kek gula hangus, buat minum minum petang!! Sedap sangat kek ni…… Dulu-dulu memang tak pernah mimpi nak pandai buat kek ni, kerana rasanya macam susah je nak jadi….. masa lepas kahwin pernah buat sekali dengan resepi yang di beri oleh ibu mertua saya. Alhamdulillah menjadi dan cantik!! ¬†Sayangnya…saya telah kehilangan resepi tersebut sejak berpindah ke rumah yang saya duduk sekarang ni…. Nasib baik kat internet ni macam-macam ada…. akhirnya dapat juga cari resepi ni dari dapur kak ummi. Sekali buat je menjadi… sangat lembut dan sedap!!. Anyway terimakasih bebanyak pada kak Ummi for sharing!!… saya ingin kongsikan resepi ni kat bawah…..

Kek Gula Hangus ( sumber : Dapur Ummi )

Bahan:-

  • 1 cawan gula
  • 1 cawan air panas
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 cawan susu pekat manis
  • 2 camca teh soda bikarbonat
  • 4 biji telor
  • 2 camca besar mentega

Cara Membuat:-

1. Masak gula dengan api sederhana hingga hangus. Masukkan air panas dan kacau hingga cair. (hati-hati semasa memasukkan air, kena gula akan meletup2). Kemudian masukkan mentega, kacau dan sejukkan.
2. Pukul 4 biji telor sehingga kembang dan pekat. Masukkan susu pekat manis dan kacau sebati.
3. Kemudian ayak tepung dan soda bikarbonat. Masukkan sedikit demi sedikit ke dalam adunan telor tadi. Akhir sekali masukkan gula hangus tadi. Kacau rata. Tuang adunan dalam loyang 7″x7″ dan perap adunan selama 3 – 4 jam.
4. Panaskan ketuhar dengan suhu sederhana 160 – 180 C dan bakar selama 45 minit ke 1 jam. (*saya bakar pada suhu 160 C selama 50 minit shj).


Related Posts with Thumbnails