Tag Archives: resepi kek karot sedap

Kek Karot ( Carrot Cake )

Dua tiga hari lepas ramai  sanak saudara dan kawan2 datang beraya kat umah saya….. sampai tak cukup masa nak update blog. Macam biasalah… juadah yang saya rajin nak buat seperti mee sup dan bihun sup jadi pilihan saya. Hari keduanya pulak saya masak nasi impit, kuah lodeh, rendang dan sambal udang. Bila dah ramai tetamu tak sempat nak snap gambar makanan2 tu…. kerana agak sibuk melayan mereka!!

Kek karot ni saya buat dua hari lepas, saja je stand by untuk tetamu yang datang tiba2 hujung minggu. First time buat tapi menjadikk dan sedap. Kacang walnut tak letak sebab puas carikk kat kedai bakery dan pasaraya, tapi tak nampak bayang pun. Tokey kedai kata stok dah habis!!!…so  saya ganti ngan kismis  atau raisin jerrrr. Resepi saya ambik dari blog  joyofbaking.com. Kat bawah resepi yang sama yang saya dah translate ke bahasa melayu ..

Resepi Kek Karot

Bahan2nya
1 cawan walnut atau pecan (100 g) – tak letak, saya ganti dengan kismis
2 1/2 cawan karot yang telah diparut ( 340 g)
2 cawan tepung all purpose (260g ) – saya guna tepung naik sendiri
1 sudu teh baking soda
1 1/2 baking powder
1/2 sudu teh garam
1 1/2 sudu teh serbuk kayu manis
4 biji telur
1 1/2 gula halus ( 300 g)
1 cawan minyak jagung/sayuran/canola  ( 240 ml)
2 sudu teh vanilla essen

Untuk Frosting
1/4 cawan butter ( 57 g)
8 oz cream cheese ( 270 g)
2 cawan gula halus ( 230 g )
1 sudu teh vanilla essen
1 sudu teh kulit lemon yang telah diparut

Cara penyediaan

1. Bakar kacang walnut selama 8 minit hingga perang dan wangi.
2. Dalam sebuah bekas satukan dan ayak tepung, baking soda, baking powder, serbuk kayu manis serta garam. Ketepikan dulu.
3. Pukul telur hingga sebati ( 1 minit). Masukkan gula dan pukul  ( 3-4 minit) lagi.
4. Masukan minyak jagung dan essen vanilla. Pukul sebati.
5. Masukan tepung yang telah diayak tadi. kacau perlahan2.
6. Dengan menggunakan spatula atau senduk kayu masukkan karot yang telah di parut serta walnut.
8. Kacau hingga rata. Bila telah rata bahagikan 2 bahagian dan bakar selama 25-30 minit.
9. Sejukkan dahulu barulah di hiaskan serta dilapiskan dengan topping/ frosting.

** cara no 2, bakar semua adunan selama 40 minit kemudian bila telah sejuk belah dua ( melintang). Setelah di potong lapiskan dengan frosting.

Cara penyediaan frosting
1. Pukul cream cheese dengan butter hingga ringan dan sebati.
2. Kemudian masukan gula, pukul hingga sebati dan rata.
3. Masukkan vanilla dan kulit lemon. Gaul rata. Bolehlah digunakan sebagai frosting.

Related Posts with Thumbnails