Tag Archives: resepi Kuah lodeh

Nasi Impit dan Kuah Lodeh

Salam semua… Sayur lodeh dan nasi impit ni saya masak pada hari raya lepas, baru sempat nak entri resepinya…. jom tengok resepinya…

Resepi Sayur lodeh

1/2 biji kobis
1 biji karot
1 biji terung
20 btg kacang panjang
1 keping tempe ( saya guna yng packing dalam plastik ) – dipotong dan di goreng sebentar.
4 biji kentang ( kopek dan dipotong kecil )
1 paket suhun ( 50 g )
1 paket tauhu kering/ fo chu  ( 50 g)
100 g udang basah
1 1/2 kelapa parut ( ambil  2 mangkuk besar santan, santan cair dan santan pekat )
garam secukup rasa

Bahan kisar
1 sudu besar udang kering
1 labu bawang besar
3 ulas bawang besar
3/4 inci halia
3/4 inci lengkuas
1 batang serai
4 biji cili merah
1 inci kunyit hidup

Cara penyediaan

1. Semua sayur2an di bersihkan dan dipotong kecil2.
2. Tumis bahan kisar hingga wangi dan pecah minyak.
2. Kemudian masukkan santan cair dan kentang. Masak hingga kuah mendidih dan kentang hampir empuk.
3. Masukkan  santan pekat dan sayur2 an yang lain, suhun, fo chu dan udang. Kacau selalu agar santan tidak pecah.
4. Masak hingga sayur layu, sesuaikan rasa dan bolehlah diangkat.

Kuah lodeh memang sedap di makan degan nasi impit atau ketupat segera… saya guna yang tersedia dijual dipasaran je…  tapi kalau nak buat sendiri bolehlah guna resepi dibawah ni.

Cara buat nasi impit atau ketupat segera

plastik tahan panas
beras yang telah di bersihkan dan di tos.

Cara penyediaan

1. Masukan beras kedalam plastik dengan sukatan 1/3 beras daripada saiz plastik.
2. Gunakan stepler untuk klip kan plastik tadi.
3. Rebuslah dalam periuk yang penuh berisi air. Tempoh rebusan bergantung saiz ketupat.
4. Jika nasi telah kembang sepenuhnya dan struktur beras tidak nampak berbiji2 dalam plastik tadi… bermakna nasi ketupat tadi telah sedia diangkat dan disejukkan.

Related Posts with Thumbnails