Tag Archives: Resepi Kuah steamboat

Steamboat ( Kuah Tomyam )

Salam…..

Ni dinner kami malam tadi….. saje je nak try n warm-up periuk steamboat yg baru saya beli 2 hari lalu…… First percubaan saya guna resepi  tomyam sebagai kuahnya…..!

Bahan2nya pula simple2 je seperti  fishball, fish cake, kangkung, pk choi, kailan, daging, udang dll… masa beli bahan2 steamboat tu, agak lewat so tak dapatlah nak beli udang dan ketam….

So  kita masak apa yg apa yg ade jelah…

Kuah steamboat saya hanya guna kuah tomyam!….  sebab periuk tomyam saya ni ada satu compartmen shj… next time saya nak cuba try kuah sup pula….

Bahan2 yg kita nak campakkan dalam kuah tu terpulanglah pada kita… kalau makan kat luar sampai berpuluh2 bahan diorang sajikan… dan kalau masak kat rumah ni pula boleh terus pilih bahan2 yg kita suka….

My fav steamboat mesti banyak cendawan dan sayuran hijau….. anak2 pula suka daging, dan seafood dan fish ball…. terpulanglah pada selera masing2!!!

Silalah menjamu selera….


Resepi Steamboat

Pelbagai jenis bebola yg anda sukai…
fishball, fish cake, bebola ketam, bebola sotong. dll

Sayuran yg disukai
kangkung, baby kailan, kobis bunga, kobis panjang, pak choi, dll

Pelbagai jenis cendawan
cendawan tiram, shitake, enoki dll

Udang
sotong
ketam
daging btg pinang ( potong nipis2 kmd perisakan dgn halia dan bwg putih tumbuk)
isi ayam ( potong kecil2  kmd perisakan dgn halia dan bwg putih tumbuk)
sosej ( tak letak )
telur ( Tak letak )
daun ketumbar – utk tabur ( optional )

** bersihkan semua bahan2 dan potong2.



Resepi Kuah Tomyam

2 sudu makan penuh tomyam paste ( boleh guna apa2 brand…saya guna tomyam Adabi 2 paket )
4 ulas bawang putih – tumbuk halus
1 biji bawang besar hiris
1/2 inci halia – tumbuk halus
1 1/2 inci lengkuas – ketuk2 je
2 – 3 btg serai
1/4 kiub ayam
1 sudu makan sos ikan
sedikit gula dan garam

Caranya…

1. Dalam periuk lain tumis bawang putih, halia, serai dan lengkuas…. kemudian masukkan paste tomyam di ikuti dengan air.
2, Jumlah air bergtg pada kuah yg kta inginkan…. saya letak air penuh!!
3. Bila air sudah mendidih masukan kiub ayam, sos ikan.
4. Sesuaikan rasa yg kita ingin kan bolehlah di masukan dalam periuk steamboat.
5. Didihkan dan bolelah digunakan…..

* resepi ni utk 1 periuk steamboat penuh  ( spt dlm gambar )

** masa tuangkan kuah pada periuk steambot tu, keluarkan semua kerapah2nya supaya ia tidak mengganggu semasa kita mencelup bahan2 steamboat!!

Cara 2
1. Masukkan air kedalam periuk steamboat.
2. Kemudian masukkan serai, halia, lengkuas yg telah di ketuk2serta paste tomyam. Masak hingga kuah mendidih.
3. Masukkan sos ikan , kiub ayam, garam dan gula.
4. Sesuaikan rasa dan sedia utk di gunalkan…

Saya dah try kedua2 cara. Kedua2nya pun sedap…. cuma cara pertama ada berminyak sikit sebab ada minyak tumisan….

Resepi Sos Steambot

6 biji cili merah -
1 ulas bawang putih -
1 sudu minyak bijan
3 sudu besar sos ikan
cuka makan
air
gula
sedikit bijan – tak letak

Cara..
1. Kisar semua bahan hingga hancur dan sebati.
2. Masukkan bahan kisar dalam periuk dan masak hingga agak pekat
3. Sesuaikan rasa mengikit citarasa kita… dan hidangkan dgn kuah dan bahan2 steamboat…
4, Taburkan dgn sedikit bijan….

Related Posts with Thumbnails