Tag Archives: resepi kuih sarang semut

Biskut Sarang Semut

Salam semua… Banyak ke you all buat biskut raya tahun ni?… tiap tahun saya memang tak banyak buat biskut raya…. sebab saya dan tetamu yang datang kerumah prefer makan kerepek jerr time raya berbanding biskut raya!!! So raya ni mungkin saya beli pelbagai kerepek jer buat menyambut tetamu yang datang…..

Biskut sarang semut ni saya buat atas permintaan my princesss…. Cookies ni feveret dia sejak masih kecil hinggalah sekarang!!! Resepi ni saya guna chef Hanieliza punyerr. Memang menjadikk… tq kak liza!!!

BISKUT SARANG SEMUT  ( Sumber: Chef hanieliza )

Bahan
250 gm butter
100 gm gula halus
350 gm tepung gandum( diayak)
100 gm tepung jagung (di ayak)
1 biji kuning telur
1 s/teh esen vanilla

hiasan
Sedikit coklat rice
sedikit manik gula kecil(warna-warni)- saya guna white coklat rice.
secukupnya paper-cup kecil

Cara
1. Pukul kembang butter dan gula.
2. Masukkan kuning telur dan esen vanilla dan gaul rata.
3. Masukkan tepung dan gaul rata.
4. Parutkan adunan kedalam mangkuk kecil dan sudukan kedalam paper-cup.
5. Taburkan coklat rice dan manik gula kecil.
6. Bakar dalam oven dgn suhu 180’C sampai masak (anggaran 15 minit).
7. Sejukkan dan simpan dalam bekas kedap udara.

Tips: Saya guna pelecek kentang yang berharga RM 19.90 ni sebagai acuan kuih sarang semut….. sangat-sangat cepat!!! tak sampai 3 minit dah siap…. pas tu saya gunakan garfu untuk letakkan adunan yang telah di tekan dalam cawan kertas!!! tabur coklate rice kemudian bolehlah di bakar!!

Related Posts with Thumbnails