Tag Archives: Resepi lamb chop sedap

Menjamu Grilled Lamb Chop


Salam…

Actualy ni acara kami minggu lalu semasa adik saya bersama tunangnya datang beraya…. Tahun ni saya tak buat open house…. tapi kalau sesiapa nak datang dan beritahu awal saya masakkanlah something…. memandangkan kuih raya kami tahun ni pun dah tinggal habuk2 je….

Menyediakan lamb chop adalah perkara yang paling senang nak buat… malam tu saya dah perap siap2 daging lamb tu…. esoknya barulah saya sediakan coleslaw dan mashed potato serta sosnya. Bila tetamu dah sampai barulah di bakar….. sebab daging lamb ni sedap dimakan panas2!.

Rempah perapan daging kali ni saya buat lain sikit….. saya ni suka tukar2 resepi supaya dapat merasa kelainan… Dari segi rasanya tak de lah beza sangat dgn rasa lamb chop yg saya buat dulu2…. Ini resepi Lamb chop yang saya buat hari tu…

Resepi Black pepper grilled lamb chop

Bahan2
8 keping daging lamb
2 biji bawang besar
4 biji bawang putih
1 inci halia
2 atau 3 sudu besar sos tiram
1 sudu besar lada hitam
1 sudu makan gula pasir
1 sudu besar herba campuran
1 sudu kecil garam
Sedikit air untuk mengisar kesemua bahan  diatas

** Kisar  semua bahan dan lumurkan pada daging lamb tadi….. perap semalaman dalam peti sejuk. Bila hendak dibakar lumurkan @ spray sedikit minyak pada alat pembakar dan bolehlah di bakar seperti biasa.

… Inilah bahan2 sampingan yg di makan bersama daging lamb tadi…. mashed potato, coleslaw, timun dan tomato segar…. resepi mashed potato boleh klik disini. Kalau nak resepi coleslaw dan sos lada hitam pula boleh klik disini.

…… dah siap bakar bolehlah dimakan…. makan panas2 memang layan!!… adik saya dah tak toleh kiri dan kanan lagi, bila mengadap lamb chop… Tah2 baca bismillah pun tak ingat…. Hihihi!

Makan lambchop ni sangat mengenyangkan… nampak je simple dan macam tak kenyang je bila makan…. lemak dia tu agak sarat dan sangat tak sesuai dimakan selalu… kolesterol bukan sikit-sikit anak tau…. Bapak kolesterol!!! Seelok2nya kalau makan lambchop kena minum jus limau atau lemon… dan lepas tu buat sit up 100x ( rajennn ke!!!!)…


….. bila perut kenyang, hati senang boleh main ciku cak dengan chibi Sarah!!!!

Grilled Marinate Lamb Chop (Kambing Panggang Perap)

Hari ini saya panggang lamb sebagai hidangan untuk keluarga tercinta…. Kebetulan adik perempuan saya datang menziarahi kami…. untuk meraikannya, saya menjamu kambing panggang marinate ini!!! Saya memasak lamb ni atas permintaanya yang teringin sangat nak memakan lamb chop. Lagi pun anak-anak saya pun suka sangat makan lamb!. walaupun dah banyak kali membuatnya tapi tak pernah rasa jemu…..sebenarnya resepi lamb saya ni lebih kurang sama sahaja dengan resepi lamb chop saya entri yang terdahulu…. cuma bezanya saya tukar rempah perapnya!!! Saya suka tukar-tukar resepi dan try and error untuk mendapat hasil yang lebih baik….

Kalau yang lepas rempah marinate saya gunakan black pepper,  bawang putih dan sos tiram, tapi rempah perap saya kali ni menggunakan black pepper, jintan dan rosemary, sos tiram  dan bawang putih goreng….. Saya pernah buat pada ayam panggang ( entri sebelum ni ), dan rasanya sangat  marvelesss… so saya try pula pada lamb ni pula… dan rasanya tetap marvelesssss!!!  Berminat nak try???…  resepinya kat bawah…..

Resepi Kambing Panggang Marinate

4 keping daging lamb

Bahan rempah perap
5 ulas bawang putih
1 sudu besar lada hitam
1 sudu makan daun rosemary kering
1/2 sudu makan jintan kasar
2 sudu besar sos tiram
1 sudu makan kicap manis
1 sudu besar gula
1 sudu kecil garam
2 sudu besar jus limau
2 – 3 sudu besar minyak zaitun

Cara penyediaan

1. Goreng bawang putih  dengan minyak zaitun hingga kekuningan. Angkat dan ketepikan.
2. Tumbuk jintan, lada hitam, daun rosemary kering, garam, gula hingga lumat. Kemudian masukkan bawang putih yang telah digoreng, minyak  zaitun ( bekas gorengan bawang putih tadi ), jus limau, kicap dan sos tiram.
3. Tumbuk dan gaul sebati rempah tadi dengan daging lamb.
4. Perap semalaman dalam peti sejuk.
5. Bila masa untuk memanggang bolehlah di bakar atas kuali non stick  atau pembakar elektrik…

** Hidangkan lamb dengan sos lada hitam, coleslaw, mashed potato, timun dan tomato segar……..Untuk sos lada hitam  dan coleslaw boleh check kat sini.….Untuk kentang putar atau mashed potato  bole tengok resepinya kat sini. Enjoy!.

Related Posts with Thumbnails