Tag Archives: Resepi mee bandung sedap

Mee Bandung Muar

Salam…
Esok nak puasa kan!!… anak2 aku cukup seronok nak sambut bulan puasa… bila aku tanya diorg kenapa suka bulan puasa…. nak tau apa yg diaorang jawab!!…  diaorang jawab sebab makanan banyak…. sedap2 pulak tu!!

Ish…  dah tak ikut sunnah nabi tu… sepatutnya bulan puasa ni kita belajar menundukkan nafsu dengan berlapar dan memperbanyakkan ibadah…. bukan semakin bermewah2 dgn makanan dan mengikut nafsu ( Ingatan ni buat anak2 ku yang asyik ingat makan je tu…. )….

InsyaAllah bulan puasa tahun ni aku akan cuba dan cuba lebih bersederhana lagi…

Mee bandung ni actually aku buat semalam…. tapi kuah yang aku buat tu agak banyak so bolehlah makan sampai hari ni…  sejak akhir2 ni aku tak berapa selera nak makan nasi…. kerana risaukan Sarah…. air susu badan aku nampaknya dah semakin kurang… dan sarah asyik menangis sebab tak cukup susu…. Sekarang ni aku ajar dia minum susu formula just standby je… kalau susu badan tak cukup boleh cover dengan susu formula….

Berbalik dgn citer mee bandung, resepi ni telah dikatakan asalnya dari Sabrina dan ditayang kat dapur Madihaa….. lalu telah di cuba oleh blogger masakan yang lain….. so kat bawah ni aku cnp dari dapur Nuridah.
Actually aku ada bbrp resepi mee bandung, tapi oleh kerana resepi ni ramai yg dah cuba so aku pun tak mahu ketinggalan mencubanya…Memang sedap!!… walaupun aku ada derhaka2 sikit resepi ni… tapi tetap sedap… aku buat cair2 je mee bandung ni… ala2 mee bandung sup…..

Resepi Mee Bandung Muar Sedap
Sumber :  Dapur Madihaa / Sumber cnp: Dapur Nuridah

Bahan-bahan untuk kuah:
Utk dimesin
5 ~ 6 ulas bawang merah
3 ulas bawang puteh
10 tangkai cili kering ~ dipotong & rebus hingga lembut
segenggam kacang tanah ~ digoreng dan dimesin halus
1 paket udang kering (2 1/2 sudu besar) ~ dimesin bersama kacang tanah
300 gram daging ~ potong nipis
4 biji telur
2 sudu sos tomato
4 sudu sos cili
Sedikit minyak masak ~ utk menumis
Garam secukup rasa
2 sudu besar gula
air secukupnya
1 ikat sawi ~ dicelur
2 helai daun kubis ~ tak letak
4 batang jagung muda ~ tak letak
2 bungkus mee kuning ~ dicelur
limau kasturi ~ optional
daun sup ~ optional
tauhu goreng ~ optional
bawang goreng ~ optional

Bahan-bahan untuk cili jeruk
3 tangkai cili merah ~ dihiris tebal
3 tangkai cili hijau ~ dihiris tebal
sedikit air panas
1 sudu cuka
sedikit garam

Cara2.
1. Sediakan dahulu cili jeruk dengan mencampurkan semua bahan2nya & biarkan cili terendam dengan bekas yang bertutup.
2. Panaskan sedikit minyak, dan tumiskan kesemua bahan-bahan yg telah dimesin sehingga naik baunya.
3. Masukkan 3 mangkuk air bersama daging (Saya masukkan dlm 1 2/3 blender air untuk empukkan daging)
4. Setelah daging empuk, masukkan pula kacang tanah dan udang kering yang telah dimesin tadi.
5. Setelah beberapa minit, masukkan sos cili, sos tomato, garam & gula secukup rasa.
Nota Sabrina: ** kalau ikutkan resepi mee bandung Muar yang asli, tak ada letak sos tapi Sab degil.. nak letak gaks.. hehehe Ampun Mak…
6. Kacau rata semua bahan dan kemudian keluarkan daging dari periuk.
7. Pecahkan telur sebiji demi sebiji ke dalam periuk (lebih selamat pecahkan dulu dalam mangkuk lain sebelum dimasukkan ke periuk bimbang jika ada telur yg busuk) dan perlahan kan api dapur. Biarkan sehingga telur masak.
8. Setelah telur masak, masukkan kembali daging yang dikeluarkan tadi.
Nota Sabrina: ** Sab buat macam ni supaya telur tu tak bercampur dengan daging, nanti buruk rupanya.. hehehe
9. Setelah siap semuanya, boleh lah dihidang dengan mee, sayur sawi dan juga cili jeruk. (saya campurkan sekali sayur2an di dalam kuah selepas telur dah masak.. kemudian barulah masukkan daging)
Nota MaDiHaA : Kepekatan kuah terpulang pada selera individu jadi jumlah air yang dimasukkan ikut keperluan masing2 ye.
Nota MaDiHaA : Kepekatan kuah terpulang pada selera individu jadi jumlah air yang dimasukkan ikut keperluan masing2 ye.


Related Posts with Thumbnails