Salam….
Lama betul saya tak update blog kan… Sejak Sara nak membesar dan sangat2 aktif ni hidup saya dah mula agak bizi, bizi dan bizi….. Saya sentiasa memasak… tapi serius, tak dapat nak mengadap lappy utk mengupdate blog…. Banyak betul entri2 tertunda yang belum dapat saya letak kat blog…
InsyaAllah kalau ada masa nanti saya akan letakkan juga masakan2 dan ekperimen terbaru saya kat dapur… kui kui!!!
Mee kari ni saya masak utk birthday saya hari tu…. Tiba2 anak tekak saya terasa2 nak masak mee kari kerang…. Kali ni saya masak mee kari tak banyak bubuh kerang sebab kat kedai tempat saya beli barang basah tu dah kehabisan pula…. cari2 kat tempat lain dapatlah tak sampai 1 kilo kerang… ambil jugaklah janji ada….
Anyway saya suka sangat masak mee kari bubuh banyak tauhu yang macam span tu… nama tauhu tu saya tak pasti apa…. tapi tauhu tu akan serap kuah kari…. bila masuk mulut je… fuhhhhh heavennnnn!!! saya sukaaa!!!!
Resepi mee kari saya guna resepi yang biasa saya guna… saya tetap stay guna resepi yang sama kerana saya suka sangat rasanya… cuma saya ubah suai sikit2 ikut bahan2 yang ada kat dapur saya…
Resepi Mee Kari Kerang
Bahan
1 kg mee kuning (celur dan toskan)
Taugeh
Bawang goreng
Isi ayam ( disiat2 ) –
Bahan Hiris atau dipotong
Tauhu (di goreng)
Daun bawang & daun sup
Cili merah
Telur Rebus
Limau kasturi/limau nipis
Bahan Kuah:
1 kg Kerang atau lebih ( lebih banyak kerang lebih sedap )
1 paket chicken ball
1 paket fish cake (potong nipis)
2 sudu besar cili kisar – ( saya ganti ngan 2 sudu makan serbuk cili kmd di campur dgn serbuk kari )
3 sudu besar rempah kari dibancuh dgn sedikit air
1/2 -1 cawan udang hidup kisar
2 cawan stok Udang ( kepala dan kulit udang di tumbuk dan ambil airnya )
5 cawan santan..(1 biji kelapa)
2 keping asam gelugur ( ikut saiz )
minyak
garam
Bahan kisar
2 batang serai
1 inci halia
1/2 inci lengkuas
5 ulas bawang kecil
3 ulas bawang putih
1 labu bawang besar
1/2 cawan udang kering ( di rendam )
Cara Penyediaan Kuah
1. Tumiskan bahan yang dikisar sehingga wangi dan garing. Masukkan rempah..biarkan naik minyak.
2. Masukkan kerang.. fish cake, udang kisar dan fish ball, stok udang dan santan..renehkan sehingga naik minyak.
3. Kacau selalu dan dan sesuaikan rasa.
4. Hidangkan bersama mee yang telah dicelur dan bahan yang dihiris tadi.
p/s… oh ya saya tambah tauhu yang macam span tu lebih sikit … anggaran satu paket..
Layan picture my baby sara ( 6 bulan ,7 hari ) yang suka sangat buat gaya terbang ala2 superman….







