Tag Archives: resepi mee udang sedap

Mee Udang

Hari ni terasa benor nak makan mee udang!!.  saja2 je nak makan sendirik jerr!! tak jemput sapa2  lagi datang makan…. sebab adik beradik dan kawan2 masih ramai bercuti sakan kat kampung….walaupun dah ada yang mula bekerja…. Tapi tetap kena berjaga2 hujung minggu….takut umah kena serang, kita dah sedia bihun banyak2 kat dapur!!!  Kalau rumah kena serang, kita belasah  bihun goreng atau bihun sup jerrr!!

Resepi Mi Udang

1 kilo mee kuning
800g – 1 kilo udang sederhana ( ikut suka… lg banyak udang lagi best)
4 biji telur di pukul ( untuk pekatkan kuah)
200 g sawi ( di celur )
200 g taugeh ( dicelur )
daun bawang
daun sup
3 keping tauhu ( goreng dan hiris nipis )
telur rebus ( jika suka)
limau kasturi
bawang goreng

Bahan kisar
15-20 biji cili kering ( buang biji dan direndam)
3 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
5 biji buah keras
2 sudu besar udang kering

Bahan Sos
10 sudu besar sos cili
5 sudu besar sos tomato
5 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sos stock ayam maggie
garam secukup rasa
gula secukup rasa

Cara penyediaan

1. Udang  di kopek dan asingkan isi dan kulitnya. Kisar atau tumbuk kulit dan kepalanya hingga pecah kemudian campurkan 1.5 – 2 liter air untuk dijadikan stock udang.
2. Panaskan minyak kemudian tumis bahan kisar hingga wangi dan pecah minyak kemudian campurkan bahan sos dan stok udang. Didihkan selama 10 minit.
3. Masukan telur yang di pukul. Kacau sebati. Kemudian sekali masukkan udang. Masak 3-4 minit, sesuaikan rasa bolelah di tutup api.
4. Hidangkan mee yang telah dicelur kedalam mangkuk bersama sawi, taugeh bawang goreng, cili hiris, tauhu goreng, telur rebus dan limau yg telah di potong.
5. Tambahkan kuah dan udang keatas mee dan bolehlah dimakan. Sedap dimakan dengan sos kicap cuka bercili.

Sos Kicap cuka bercili
10-20 biji cili padi
10 sudu makan kicap manis
2 sudu besar cuka

Cara penyediaan

* Satukan semua bahan dan letakkan dalam satu bekas. Hidangkan bersama mee udang tadi.

Mee Goreng Udang

Rutin pagi saya setiap hari adalah menyediakan sarapan…. biasanya saya hanya menyediakan sarapan simple dan ringan sahaja untuk keluarga… tapi hari ni teringin pulak nak bersarapan berat sedikit!. Mee goreng udang adalah mee favorite saya. saya selalu membuatnya untuk makan malam… tatkala agak malas nak makan nasi….. Mee goreng udang ni sangat sesuai di buat mee basah atau kering! kalau ingin membuat mee basah lebihkan sedikit stok udangnya…. Kalau nak mencuba saya sertakan kat bawah ye…. selamat mencuba……………….

Resepi Mee Goreng Udang

1 bungkus mee kuning
200 g udang
3 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
3-5 biji cili padi
2 sudu besar sos tiram
2 sudu besar sos cili
2 sudu besar kicap manis
1 mangkuk tauge
1 mangkuk stok udang
daun bawang
minyak untuk menumis

Cara penyediaan

1. Udang di buang kepala dan kulitnya. Kepala udang di tumbuk kasar kemudian campurkan 1 mangkuk air. Tapis dan ambil air udang ini untuk dijadikan stok udang.
2. Tumis bawang putih, bawang merah, cili padi yang telah ditumbuk hingga wangi.
3. Masukkan semua sos tiram, sos cili,  kicap manis dan udang. Kacau seketika kemudian stock udang.
4. Bila kuah mendidih masukkan mee kuning, sesuaikan rasa dan last sekali masukkan tauge.
5. kacau seketika, taburkan daun bawang dan bolehlah dihidangkan.

Related Posts with Thumbnails