Tag Archives: resepi mihun goreng sedap

Meehoon Goreng Taucu


Salam hujung minggu…  Cuti-cuti ni bestkan!…. dapat luangkan masa dengan famili tercinta… kalau tak keluar jalan-jalan, boleh habiskan masa bersama sambil berehat serta menonton rancangan kesukaan di TV…  Plan saya hari ni nak keluar……tapi tak kisahlah kat mana pun….asal dapat keluar melihat dunia luar dah cukuplah…. So pagi ni saya masak mee hoon goreng taucu buat breakfast…. resepi saya ambil dari dapur ayu dari Singapura…. ni first time saya masak mihun taruh taucu. Memang sedap rupanya bihun goreng ni kalau bubuh taucu… thanks ya ayu.  Tak sedar saya makan dua kali tambah meehun goreng taucu ni. Sedap……


Resepi Bihun Goreng Taucu ( sumber : Dapur Ayu )

Ingredients:-
400g mee hoon direndam hingga lembut
*50g udang kering direndam
*3 biji bawang putih
*11/2 biji bawang besar
4 sudu besar taucu di tumbuk kasar-dibilas supaya kurang masin
5 sudu besar cili kisar
udang sederhana besar
sawi secukupnya
taugeh secukupnya
garam (kalau perlu) & perasa secukupnya
(*bahan kisar)

Hiasan:-
tauhu goreng dihiris (optional)
daun kucai-(optional) -
telur dadar yang dihiris halus-( saya tak buat)
jus limau
cili jeruk
bawang goreng

Method:-
Tumis bawang putih & bawang besar kisar hingga naik bau.Masukkan cili kisar kacau rata dan biarkan hingga garing. Masukkan udang kering , udang dan kacau rata. Masukkan taucu , biarkan seketika, masukkan perasa & garam jika perlu. Gaul kan batang sawi hingga agak lembut baru masukkan daunnya, masukkan mee hoon yang telah direndam tadi dan gaul hingga sebati dengan perencah..agak2 sudah sebati masukkan taugeh, gaul hingga rata.Kalau nak gaulkan dengan tauhu pun boleh juga. Matikan api, taburkan daun kucai, hirisan telur dadar, perahan jus limau, cili jeruk  dan bawang goreng. Siap untuk dihidang.


Related Posts with Thumbnails