Tag Archives: resepi nasi ayam

Nasi Ayam Dengan Ayam Panggang Ala Kenny Roger

Salam…

Yeahhh…ayam panggang lagi!! 2 hari lalu  saya masak ayam panggang ni makan dengan nasi putih!! Kali ni saya masak ayam panggang ni lawan dengan nasi ayam pula …. saya masak ayam panggang lagi kerana masih ada ayam yang telah saya perap belum dipanggang lagi!!! So ni kira nak menghabiskan stok… Ayam ni lebih mesra lagi dengan rempah perapnya kerana sudah 2 hari berada dalam peti sejuk…. Dan rasanya pasti lebih sedap lagi….

Memang sedap  ayam panggang  style ni lawan dengan nasi ayam… Anak2 saya pun suka sangat!! Masa panggang ayam ni, aroma rempah dan lada hitam semerbak  membangkitkan selera…..

Ini ayam panggang ala Kenny Roger roster… resepinya klik kat sini

Resepi Nasi Ayam Simple..

3 cawan beras ( cuci dan toskan)
1 sudu besar minyak sapi/ mentega/majerin
2 -4  sudu besar minyak masak
1 biji bawang besar ( dihiris nipis2)
3 ulas bawang putih ( dihiris nipis2 )
1/4 inci halia ( di hiris atau di ketuk2 )
1 kiub ayam
sedikit kulit kayu manis
air ( kuantitinya ikut jenis beras yg digunakan… saya guna beras biasa, so jumlah air seperti masak nasi biasa.. )
sedikit garam
sedikit pewarna kuning atau oren… ( tak letak pun tak pe)

Cara penyediaan...

1. Masukkan minyak sapi dan minyak masak dan tumis kulit kayu manis dan bahan hiris hingga wangi.
2. Kemudian masukkan beras yg telah dicuci tadi dan goreng seketika.
3. Masukkan air, kiub ayam dan sedikit pewarna serta sedikit garam.
4. Masaklah nasi seperti biasa…

** Boleh juga alihkan nasi dan airnya tadi dalam rice cooker dan masak seperti biasa….

Untuk Sos kicap

kicap manis
sos tiram
minyak bijan
sedikit sup

* Satukan bahan diatas. Kacau dan hidangkan…. boleh jugak dicampurkan lebihan kicap yang diperap bersama ayam kukus tadi. sedia untuk dihidangkan.

Untuk sos lada/ sos cili

8 -10 batang cili merah
2 ulas bawang putih
3/4 inci halia
1 sudu kecil garam
3 – 4  sudu makan penuh gula
4  sudu makan cuka
1/2 cawan air masak
1 sudu makan sos ikan ( jika suka )

* Masukkan semua bahan dalam blender kemudian kisar hingga hancur… sesuaikan rasa kemudaian sedia utk dihidangkan.

*** utk sup saya guna leher, kepak dan tulang2 ayam. buat sup macam biasa…

Banyak brand mix herb yang boleh di gunakan utk buat ayam panggang ni… Saya guna rempah mix herb jenis ni utk buat rempah ayam panggang Kenny Roger roster… Tecco Brand so kena beli di Tesco sahaja….

Nasi Ayam Ipoh

Salam semua pengunjung blog yang dikasihi… Actually  saya masak nasi ayam ipoh untuk hidangan tengahari hujung minggu.. tapi kerana sibuk, saya postkan entri ni agak lewat sikit… Kali ni saya cuba resepi Nasi Ayam Ipoh dari blog Kak Nor, secubit garam… saya belum pernah cuba lagi masak nasi ayam Ipoh ni… Ni  first time… tapi tak banyak beza gak dengan nasi ayam yang saya biasa masak…. cuma nasinya di bubuh sos tiram dan minyak bijan… Not badlah rasa dia… sedap gak!! Ayamnya pula biasanya saya grilll atau bakar tapi kali ni saya try yg goreng pula…. Anyway thanks Kak nor share resepi ni… nasi Ayam ni my famili favorite… dan sentiasa menjadi pilihan utama untuk hidangan dihujung minggu!!!

Resepi Nasi Ayam Ipoh ( sumber : Dapur Kak Nor, Secubit Garam )

Bahan Utk Nasi:
4 mug beras
4 1/2 mug air rebusan ayam
2 inci halia*
3 biji bawang putih*
3 helai batang daun bawang (ambik bhgn bawah dia…yg ada buah dia tu sekali)
1 sudu besar minyak bijan
2 sudu besar sos tiram
2 helai daun pandan
4 sudu mentega ~

Bahan Untuk Ayam:-
1 ekor ayam
3 biji bawang putih*
1 inci halia*
3 sudu besar kicap lemak manis
2 sudu besar sos tiram dan 1 sudu besar cuka
1 sudu besar madu ( kalau tak dek pun tak pe)

Bahan Untuk Sup:-
air secukupnya
4 bawang putih diketuk
3 inci halia di hiris
3 helai batang bawang
1 biji sengkuang dipotong dadu – sy tak letak
1 sudu besar serbuk lada sulah

Bahan Untuk Cili
10/15 biji cili burung
6 biji cili merah
sedikit halia (ambik dari rebusan)
5/6 biji bawang putih
1 biji limau kasturi/nipis
sedikit air dari air rebusan ayam
garam dan gula secukupnya

(Masukkan semua bahan didalam blender dan blend hingga hancur)

Bahan Untuk Kicap:-

5 biji cili burung
sedikit halia (ambik dari rebusan)
4/5 biji bawang putih
kicap secukupnya
air rebusan ayam secukupnya
tepung jagung di campur dgn air secukupnya (utk pekatkan)

(Blend semua bahan kecuali tepung jagung. selepas blend isi dalam periuk dan panas kan atas dapur. agak2 dah panas..boleh la di masukkan tepung jagung dicampur air secukupnya utk memekatkan kuah)

Bahan Hiasan
tomato, salad, daun sup dan bawang, timun

Cara2:-

Mula2 buat air rebusan ayam…(bahan2 dalam sup) masukkan semua bahan…kecuali sengkuang dan serbuk lada sulah. tutup periuk dan masak hingga didih.Selepas air mendidih, masukkan ayam. biar ia masak selama 20 minit. selepas 20 minit, angkat ayam tadi dan toskan.

Method Untuk Nasi

Mula2 masukkan majerin dalam periuk elektrik, biar ia mencair, kemudian masukkan bahan* yg telah di blend. biar naik bau. kemudian masukkan batang bawang dan daun pandan. bila dah layu sikit masukkan sos tiram dan minyak bijan. kacau2 sekejap,kemudian masukkan beras, sedikit garam dan air rebusan ayam. biarkan hingga nasik masak.

Method Untuk Ayam

Ayam yg telah di toskan tadi di masukkan kedalam satu magkok besar. masukkan bahan* yg telah di blend dan semua bahan2 lain…kacau2 rata dan biarkan 1/2 jam. selepas ayam diperap, boleh lah digoring atau di bakar dalam oven. kalau nak goring jgn goring terlalu lama…agak2 kaler dia dah bertukar kehitaman boleh diangkat terus.

Method Untuk Sup:-

Baki air rebusan tadi didihkan kembali bersama sengkuang dan serbuk lada sulah. kalau air rebusan dah berkurangan boleh lah di campur dengan air biasa. masak hingga didih. perasakan sup. (Saya masukkan 1 kuib ayam, garam dan serbuk perasa untuk ini)

selepas semua dah masak, boleh la di makan…cara penyediaan…timun, tomato dipotong nipis2. daun sup dan bawang di potong halus dan di masukkan kedalam sup tadi.


Nasi Ayam

Hari ni masuk hari kedua kita berpuasa….  saya rasa sangat berbangga melihat putra dan putri saya tak ada masalah langsung untuk berpuasa… Walaupun cuaca panas dan letih je bila pulang dari sekolah, tapi tak pernah merungut untuk berbuka.  Teringat pula saya masa saya sarat mengandung  ( 9 bulan ) si abang, saya masih dapat puasa penuh walaupun doktor menasihatkan saya untuk tidak berpuasa takut menjejas kandungan…. tapi azam dan tekad saya sangat kuat untuk berpuasa walaupun agak lemah!! Begitu juga masa mengandung si adik!.  Semasa kandungan saya 7 bulan saya juga dapat berpuasa penuh!!!! Rupanya azam dan tekad saya itu telah mempengaruhi anak -anak saya.  Pada usia 5 tahun anak-anak saya sudah mula menunjukkan minat nak berpuasa…..  waktu kecil2 dulu tu pernah saya offer untuk berbuka puasa kerana kesian tengok dia lemah jer disebabkan berpuasa tapi anak2 saya tetap tak mahu berbuka…. jika dia rasa tak tahan anak saya akan tidur hinggalah berbuka puasa……

Bila dah besar ni saya dah tak risau sangat tentang puasanya kerana anak2 saya dah boleh berpuasa seperti biasa…. cuma kadang2 selalu minta habuan seperti minta saya menyediakan makanan yang sedap2 semasa berbuka tak kiralah samada masak sendiri atau beli!!!  Tapi untuk hidangan hari ini saya rajin untuk memasak makanan kegemaran anak-anak saya, iaitu nasi ayam…  nak resepi boleh check kat sini.

Kuih badak berendam dan tepung bungkus pun ada… yang ni beli jer kat Bazar Ramadan!! Keluarga saya kecil aje saya rasa beli lebih jimat kerana kami makan pun tak banyak!!! Air untuk berbuka puasa pula adalah air tebu untuk anak2 saya dan air teh O panas untuk saya dan my husben!!! Alhamdulillah… semua makanan dalam gambar ni telah selamat berada dalam perut kami!!!!


Related Posts with Thumbnails