Tag Archives: Resepi Nasi Kabsa

Lamb Kabsa Menu Hari Kedua Iftar….

Salam….

Semalam daging lembu kabsa…. hari ni pulak Lamb kabsa!! minggu pertama bulan puasa ni rasanya selera kami lebih kepada masakan Arab!!! rasanya masakan arab ni memang kami tak akan  pernah jemu!!! Sebab dari dulu kami memang suka sgt makan nasi yang seangkatan dgn nasi kabsa ni seperti nasi beriani, nasi tomato nasi ayam dll.

Lamb kabsa ni feveret my hubby dan my son…. biasalah awal2 berpuasa ni, semangat nak memasak ni berlebih2 pulak…. siap offer kat diaorang… sebut je nak makan apa…. nanti mama masakkan!!! Apa  lagilah!!!  peminat daging kambing tegar bergegas carikk daging kambing kat Perfect Frozen, minta saya masak lamb kabsa…..

… saya guna daging lamb keping yang org selalu buat lamb chop tu…. senang guna daging yg ni…. sebab ia cepat lembut serta cepat memasaknya….. masa akan jimat banyak lebih2 lagi pada masa bulan puasa ni….

.

Tomato dan timun fresh ni hidangan sampingan bersama Lamb Kabsa…. selain dari tu ada sos salata hara dan kuah sup sekali…..  resepi saya guna dari blog Ya Salam Cooking!!! semalam masa masak daging lembu kabsa pun guna resepi yg sama….. Dah tertawan dengan resepi yg ni so saya kekal dgn resepi dari blog ni je….

Hari ni rajin sikit saya translate resepi dalam bahasa melayu…. Resepi ni saya dah ubah suai sikit2 ikut kesesuaian dapur saya…. resepi asal boleh tengok kat sini.

Resepi Lamb Kabsa
( source : Ya Salam Cooking)

1 kilogram potongan daging lamb/kambing biri2
2 sudu makan minyak zaitun/olive oil – saya guna minyak jagung campur 1 sudu makan butter
1 biji tomato
1 biji bwg besar
1 sudu teh serbuk jintan
4 biji buah pelaga/ cardamom
1/2 sudu teh serbuk lada hitam/ black pepper
garam secukup rasa
1 batang kayu manis / cinnamon
4 oz sos tomato – sy letak dalam 4 sudu besar
1 biji limau hitam – tak jumpa so tak letak!
2 kiub ayam ( sy letak 1 kiub ayam shj)
1 sudu teh halia yg telah di tumbuk – saya letak lebih dalam 1 sudu makan!!!
1-1/2 cawan beras basmathi – rendam dahulu selama 30 minit sebelum dimasak.
sedikit saffron – saya ganti dengan 1 sudu teh serbuk kunyit
4 biji cengkih
1/4 cawan daun ketumbar/cilantro, utk tabur
kacang gajus/badam/kismis – utk tabur – tak letak
beberapa titik pewarna oren – saya tambah

Cara membuatnya

1. Masukkan daging kambing dalam periuk ( 4 qt ) bersama dengan air secukupnya dan kiub ayam. Rebus dan tutup hingga daging hampir empuk. Air yg di gunakan agak2 mencukupi untuk masak nasi dan sup.

2. Kemudian masukkan sedikit garam, serbuk jintan, halia yg telah diketuk( ni halia yg lain ya ),kedalam rebusan. Bila dah agak2 nak empuk tutup api dan ketepikan.

3. Bawang besar dan tomato di potong dadu…. ketepikan!

4. Panas kan periuk lain, masukkan minyak zaitun/ butter  kemudian tumis bawang besar hingga wangi. Selepas itu baru masukkkkan tomato yg telah dipotong dadu, tomato sos, serbuk jintan, buah pelaga, serbuk lada hitam, kayu manis, limau hitam, halia, cengkih dan safron atau serbuk kunyit.

5. Masak lah seketika hingga semua bahan sebati kemudian baru masukan beras basmathi dan  kuah rebusan/ stok daging  kambing tadi…..  ( nisbah air utk beras basmathi ialah 3 cawan beras = 4 1/2 cawan air ya…. jangan terlebih bubuh air pulak nanti nasi lembik pulak!!)

6. Masak seketika nasi tadi dalam beberapa minit kemudian dengan perlahan2 masukkan daging kambing tadi diatas nasi. Masak lah nasi seperti biasa…. bila air nasi dah kering kacau2 guna garpu, titikkan dengan pewarna oren, tutup periuk,  kecilkan api so masak dgn api perlahan selama 30 – 40  minit.

7. Jangan buka penutup  periuk sehingga nasi masak. sebelum menghidang kacau sekali lagi utk meratakan pewarna oren tadi…..

8. Hidangkan bersama sos, timun dan tomato segar dan kuah sup tadi…..

Yields: 4 servings

Untuk sosnya saya guna resepi ni

Resepi Sos Salata Hara
( source : Arabic Bites )

3 biji tomato cincang.
1/2 cawan daun ketumbar – saya letak 1/4 cawan je
1/2 biji lemon ambil jusnya
1 -2 biji cili hijau – saya tambah
garam.
sedikit gula

Cara Penyediaan Sos Salata Hara:

* Masukkan semua bahan dalam blender, kemudian kisar kesemua bahan2 tadi hingga hancur.
** sedia utk di hidangkan bersama nasi kabsa.
————
Selain dengan sos Salata Hara saya juga makan nasi daging kabsa ni bersama sup daging sebab anak2 dan my husband suka makan nasi berkuah so saya sediakan sup…. caranya semasa merebus daging tadi saya lebihkan sikit airnya utuk di buat sup…. ambil sedikit kuah rebusan daging tadi perisakan dengan sedikit garam kemudian taburkan pula dengan bawang goreng dan daun sup atau daun ketumbar!!! Hidangkan dengan nasi daging dan sos salata hara.

Resepi ni utk 4 org makan….  saya doublekan jumlahnya utk kita orang makan 2 kali ( 8 kali makan )….. berbuka dan sahur!!!


Related Posts with Thumbnails