Tag Archives: Resepi nasi minyak

Nasi Minyak Bawang Goreng

Salam…

Hari ni tiba-tiba mood bertukar rajin… kebetulan pulak hari ni Sarah tido siang hari agak ┬álama… so saya ada banyak masa nak menghabiskan masa kat dapur. Nasi minyak ni actually sama je macam nasi minyak biasa… tapi kelebihannya rasa bawang gorengnya lebih kuat dan sangat sedap menurut citarasa saya lah…

Saya pernah makan kat hotel suatu waktu dulu… Oleh kerana tak de resepi khas so saya guna resepi asas nasi minyak dari Makyong( Myresipi ). Caranya bila nasi dah masak goreng bawang untuk dijadikan bawang goreng anggaran 10 biji bawang merah atau 2 biji bawang besar ( lg byk taruh bawang lagi sedap!! ) yg telah di hiris nipis2 bersama sedikit minyak sayuran.

Bila bawang goreng sudah kekuningan, tuangkan sekata bawang goreng ┬ábersama2 dengan minyaknya keatas nasi minyak tadi… Kemudian gaul rata nasi dengan menggunakan garfu…. tutup nasi dan biar ia tanak dan betul2 masak….

Tak yah lah tanya saya berapa kandungan kolesterolnya… namanya pun nasi minyak!! Kalau nak diet jangan masak nasi minyak… tapi pandai2lah kalau hari ni dah makan nasi minyak esok pulak makanlah makanan rebus2 je…

Resepi Nasi Minyak Bawang Goreng ( sumber: MyResipi )

4 cawan beras basmati ( sy guna beras basmathi Kashmir, Beras faizah )
5 cawan air
2 kiub ayam
2 helai daun pandan
pewarna merah, kuning dan hijau ( sy guna warna oren )
[bahan tumis]
1/2 inci halia
2 ulas bawang putih
1/2 biji bawang besar
2 sudu besar minyak masak
1 sudu besar minyak sapi
1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
3 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
[bahan hias]
bawang goreng
kismis

Cara penyediaan

1. Cuci beras dan rendam selama 10 minit. Toskan.
2. Hiris nipis-nipis halia dan mayang semua jenis bawang
3. Panaskan minyak dan tumiskan semua bahan tumis sehingga bau wangi
4. Masukkan beras dan gaul rata.
5. Masukkan air, kiub ayam dan daun pandan.
6. Masaklah nasi sehingga masak
7. Bila nasi kering, letakkan 1-2 titik untuk setiap pewarna kuning, merah dan hijau ditempat yang berasingan.
8. Bila dah masak, gembur-gemburkan nasi tu.
9. Hiaslah dengan bawang goreng, gajus atau kismis jika suka.

** Saya guna beras basmathi Faizah jenis kashmir… tak berapa cantik lah beras tu!!!, better guna jenis Moghul, berasnya lebih cantik dan panjang2!!… Sapa ada cadangan beras basmathi brand apa lagi yg sangat baguz utk buat nasi minyak @ beriani?? Any suggest!!!

Related Posts with Thumbnails