Tag Archives: resepi pengat pisang

Menu Iftar Nasi Lemak Dengan Pengat Pisang

Salam…

Wah lama betul saya tak bersiaran… saya dah banyak hari tak buka blog… hari ni baru dapat menjengah kejap… minta maaf, bulan puasa ni tak banyak waktu nak beronline dgn blog… sibuk sikit… sibuk ¬†menyediakan persiapan raya untuk anak2. Komen2 yang belum saya jawab tu insyaAllah saya cuba jawab secepat mungkin….

Menu nasi lemak ni versi dah tak tau nak masak apa…. best gak layan nasi lemak masa berbuka puasa… anak2 saya memang suka makan nasi lemak tak kira masa… syaratnya mesti ada ayam goreng… Saya pun tak nak tulis panjang2 lagi sebab dah tak ada benda nak citer so kalau nak resepi boleh klik kat sini.

Lauk-pauk wajib yang mesti ada bila masak nasi lemak… simple je tapi best….

Pengat pisang…. dessert simple hari ni…. buat pun ngam2 je… tapi anak2 kata tak cukuplah pulak….

Resepi Pengat pisang

5 – 6 biji pisang ( saya guna pisang montel – dipotong2 )
1 liter santan
1 keping gula melaka ( potong kecil2 )
gula ( anggaran 4 sudu makan penuh )
daun pandan
1/2 cawan sagu biji ( cuci dan endam seketika dengan air )
secubit garam

Cara Penyediaan

1. Satukan gula melaka, santan, daun pandan dan garam, kacau selalu hingga mendidih.
2. Bila santan mendidih masukkan sagu biji dan gula sedikit demi sedikit sehingga mendapat rasa manis yang diingini.
3. Kacau hingga sagu masak kemudian baru masukkan pisang.
4. Kacau seketika, dan bolehlah diangkat dan dihidangkan.

Related Posts with Thumbnails