Tag Archives: resepi puding lapis

Puding Balqis

Wah!! … dua tiga hari ni memang sibuk betul… sampai tak sempat mengupdate  Potret kasih!!! Bukan sibuk kerja… bukan jugak sibuk buat kuih raya… Tapi sibuk memenuhi undangan berbuka puasa kat rumah ibu mertua ku di Gombak….. Biasalah kalau pergi kerumah ibu mertuaku kenalah datang  awal….. tolong-tolong sikit mana yang patut… Balik pulak agak lambat…. kenalah tolong bereskan mana2 yang perlu… nak jengok lappy ni pun tak sempat…!!! Esoknya pulak….. Ibu mertuaku dan segala ipar duai nak berbuka puasa kat rumah saya pulak… Menggelabah saya ni…. lama betul tak masak untuk makan besar ni….. biasanya masak untuk keluarga sendiri  je!!!! Entah macam manalah besok ye…..

Berbalik ngan cerita Puding balqis ni…  saya buat sebelum pergi kat rumah mertua saya untuk dibawa sebagai buah tangan….  Tak kuasa nak letak kat acuan yang kecil2…. main lerak je kat tray kaca Ikea saya tu… lepas tu, sejukkan, potong2 dan makan!!!! Sedap sangat puding ni dan  bahan2nya pulak simple sangat!!! Kalau nak tengok pudding balqis versi yang cun melecun pergilah jengok kat dapur kak Nor atau dapur yat!! Link dia ada kat bawah!!! Kite punye… versi nak cepat!!!!

Resepi Puding Balkis (Sumber  : Dapur Kak Nor- Secubit garam / Sumber c&p: dapur yatt )

1 paket agar2 serbuk (10gm)
450ml air
150 ml susu cair
2 biji telur gred A
5 sudu besar gula
3 sudu besar marjerin/butter
1 sudu teh esen vanila
pewarna mengikut citarasa masing2

Cara penyediaan

1. Masakkan serbuk agar2 dgn air dan gula hingga mendidih dan masukkan marjerin dan susu cair. Masak lagi hingga mendidih sambil dikacau.
2. Masukkan vanila dan padamkan api. Biarkan seketika (lebih kurang 15 – 20 minit) sehingga agar2 suam2 panas.
3. Pukul telur hingga betul2 kembang (buang tali pusat telur utk menghilangkan bau hanyir telur) dan masukkan adunan agar2 kedalam bekas berisi telur td. Kacau hingga sebati.
4. Bahagi adunan kepada 2 atau 3 bahagian dan masukkan pewarna yg disukai. Kacau hingga serata warna adunan puding td.
5. Sendukkan adunan puding kedalam bekas atau loyang secara selang seli hingga habis. Untuk meletakkan lapisan yg kedua tu pastikan diletak perlahan-lahan di bahagian tepi dan jgn dibahagian tengah supaya ia tak bolos masuk dalam lapisan yg pertama.
6. Sejukkan dalam peti ais sebelum menghidang. Selamat mencuba..

** saya punye versi, tuangkan lapisan yang pertama dulu…. sejukkan jap kat peti sejuk… lepastu tuangkan pulak lapisan kedua…. sejukkan semula dalam peti sejuk!!!

Jom tengok hidangan Istimewa dari ibu mertua saya…. Yang ni Nasi kerabu… dan segala ulam-ulaman, sambal nasi kerabu, budu, rendang daging dan Ayam Panggang dari adik ipar saya…. Alamak terlupa pulak nak amik gambar  kat ayam panggang buatan adik ipar saya tu!!!!  sedap tau!!! 3 ekor ayam habis licin… saya siap tapau lagi…..

Ni pulak puding Karemel atau puding telur… hasil tangan Ibu mertua saya…. memang sodappp! Ibu mertua saya ni memang pandai membuat kuih muih!!!

Yang ni pulak Agar-agar rose… ni agar-agar feveret anak lelaki saya… suka sangat makan ni dengan susu cair dan fruit koktail….

Dah berbuka…. Ramai-ramai minum air dan makan kurma serta kuih2 muih!!! Lepas Solat magrib kami kenduri nasi kerabu pulak… Layan betul ngan nasi kerabu mak mertua saya ni!!! Nanti senang2 kita nak mintak resepi!!!!!

Related Posts with Thumbnails