Tag Archives: Resepi puding pisang berkuah

Puding Pisang Berkuah

Salam….

Dessert simple ni saya buat semalam… ┬áterasa nak makan puding diraja, tapi kat sini payah nak dapat…. tapi saya buat jugaklah dessert simple ala-ala puding diraja tu…. memang sedap puding ni… saya buat sekali anak2 tak cukup sebab my son suka sangat puding ni… oleh kerana puding ni senang dan cepat nak disediakan so saya buatlah dua tiga kali!!!

Resepi puding pisang berkastad

Pisang berangan yang telah masak secukupnya
butter secukupnya
kismis secukupnya

Untuk sos kastard

1 tin susu cair
2 biji kuning telur
1/2 cawan air
4 sudu makan penuh gula

Cara penyediaan
1. Buat sos kastard dulu… satukan semua bahan2 sos kastad dalam periuk.
2. Kacau hingga sebati dulu kemudian barulah dipanaskan diatas api hingga pekat. Semasa dipanaskan jangan berhenti mengacaunya… supaya adunan rata dan tidak bergentel2.
3. sejukkan sos seketika.
4. Untuk pisang… masukkan sedikit butter dalam kuali non stik.
5. kemudian goreng pisang tadi dalam butter yang telah dipanaskan.
6. balikkan pisang tadi bila masak dan lembut barulah dingkat.
7. hidangkan dalam pinggan/mangkuk, tuangkan sos tadi dan taburkan dengan kismis…


Related Posts with Thumbnails