Tag Archives: resepi rendang tok

Rendang Tok


Salam…

Belum terlambat rasanya saya mengucapkan selamat hari raya aidil adha buat muslimin dan muslimat…. Kebizian saya tak sudah2, dan baru kini dapat berblog semula… minta maaf komen belum berkesempatan utk saya balas… InsyaAllah saya akan balas juga bila ada kesempatan nanti….

Rendang tok  ni saya masak masa raya haji lepas…. Actually dah lama cari resepi rendang ni akhirnya dapat jugak resepi ni dari blog azlina…. Thanks lina kerana share resepi ni… resepi ni guna bahan2 yang senang dan biasa ada kat dapur saya dan saya tak ragu2 nak mencubanya….

Memang sedap dan merveless lah rasa rendang ni…. kena dengan citarasa saya…. saya masak 3 kilo daging rendang tok,  hari kedua je dah habis licin… selain dari tu saya gak masak nasi impit, kuah lodeh dan sambal udang… Masak malam raya dan pagi2 memua masakan tu saya bawa ke rumah mak mertua saya…

… saya guna ketupat segera yang comel2 ni…  sangat cepat….45 minit je dah masak!!!!

Lauk2 sampingan….

Resepi Rendang Tok ( sumber : Dapur azlina )

Bahan-bahan
2kg daging lembu topside (potong ketulan sederhana kecil)
1 cawan kerisik
10 sudu makan cili kering kisar
3 batang serai diketuk2
2 helai daun kunyit
Santan dari 2 biji kelapa
5 sudu makan gula melaka
4 asam keping
3 sudu makan gula
Garam  secukup rasanya
Bahan2 utk dikisar bersama
20 ulas bawang merah
10 ulas bawang putih
6 cm halia
3 cm lengkuas
5 batang serai
1 sudu kecil belacan
Rempah2 lain
5 bunga lawang
2 sudu besar jintan manis
2 sudu besar jintan putih
8 bunga cengkih
3 sudu besar biji ketumbar
- Semua bahan2 rempah ini dikisarkan bersama2. Akak guna lesong besar dan tumbuk sehingga hancur
Cara membuatnya

1. Guna kuali yang agak besar, masukkan daging & kesemua bahan2 kisar, serai yang diketuk, daun kunyit, gula melaka & santan
2. Masak dengan api yang perlahan sambil dikacau2kan selalu sehingga kuahnya menjadi pekat
3. Masukkan asam keping & kerisik, kacau biar rata, diikuti dengan gula & garam
4. Sambung kacau sehingga menjadi rendang yang betul2 kering.
Related Posts with Thumbnails