Tag Archives: resepi ringkas dan mudah

Daging Singgang

Daging Singgang ni saya masak utk hidangan tengahari semalam. Lepas dilanda kebuntuan nak masak apa semalam, at last saya decide nak masak daging masak singgang. Masakan ni paling senang dan ringkas jerrr… dan sedap pulak!! Resepi saya amik dari blog emunn. Lepas je masak saya layan astro pulak… tak dapat nak layan lappy ni lama2 sangat!! mata cepat mengantuk…………….

Resepi Daging singgang ( sumber : DapurĀ Emunnn)

BAHAN-BAHAN

1 kg daging/tulang
5 ulas bawang merah belah 4 tapi jangan bagi putus
1 ulas bawang besar belah 6
3 ulas bawang putih diketuk
3 inci lengkuas dihiris
2 batang serai diketuk
1 inci halia diketuk
1 sudu besar serbuk ketumbar
1 batang kulit kayu manis
air 2 liter untuk merebus
1 keping asam keping
cili padi

Cara penyediaan

1. Rebus daging/tulang hingga empuk bersama lengkuas, kulit kayu manis, serbuk ketumbar,bawang putih dan juga asam keping. kalau air kurang tambahkan air
2. bila dah empuk masukkan bawang merah, cili padi, halia, bawang besar dan serai. biarkan mereneh hingga bawang masak. masukkan secukupnya garam dan bahan perisa. angkat.. mase mereneh gunakan api slow

Related Posts with Thumbnails