Tag Archives: resepi sagupal

Sagupal

Semalam… betul2 tak larat!!! Tekak dah start sakit dan badan rasa cam nak demam je!! Saya ni jarang tidur siang tapi semalam boleh tidur berulang ulang kali…. Bila time nak memasak je, gas pulak habis….. cam tau tau je, tuan rumah ni malas tul nak masak….. Semalam punyer juadah my husben beli je kat bazar ramadan… Ade laksa penang, nasi ayam berempah, nasik beriani, gulai kambing, dan kuih muih!!! Gambar lupa nak snap…. al maklum kepala tengah berdenyut2!!! sampai terlupa nak amik gambar kemeriahan makanan dari bazar tu..

Sagupal ni masak bidan terjun bila lagi setengah jam sebelum berbuka puasa gas pun sampai… saya buat dalam 15 minit je dah siap!!! ngape??? tak caya??? lebih baik percaya jerr sebab memang betul….. semalam memang ┬áplan nak buat sagupal sebagai dessert…bahan pun dah ada… bile gas sampai apalagi godak je lerr…

Resepi Sagupal ( sumber C&P : dapur Saljukuih/ sumber asal: myresepi )

Bahan-bahan ( 12 acuan )
*1 cawan sagu
*1/2 cawan gula
*2 cawan air
*pewarna hijau atau air daun pandan
Sirap gula merah ( sy tak letak )
Pati santan + garam

Cara-cara

1.Kacau bahan2 yg bertanda (*) hingga pekat dan berkilat.
2.Masukkan dalam acuan dan sejukkan.
3. Keluarkan dari acuan.Tuang sirap gula merah dan pati santan.
4. Siap untuk di makan.

Related Posts with Thumbnails