Tag Archives: resepi salmon panggang dengan sos putih

Salmon Steak Dengan Sos Putih

Salam…

Hari ni saya layan grilled salmon dengan white sos untuk makan tengahari… first time makan grilled salmon ni!! Memang sedap dan lemak….Dah lama simpan ikan salmon dalam peti sejuk tapi baru berkesempatan nak buat… resepinya pun mudah sangat… dan ikan salmon ni cepat pulak masaknya… ¬† jom tengok resepi…..

Resepi Grilled Salmon Dengan Sos Putih

Bahan-bahan ( 2 orang )
2 keping ikan salmon
1 sudu besar minyak zaitun
Secubit garam
Secubit lada hitam
sayur-sayuran ( karot, brokoli, jagung, asparagus dsb Рdi celur atau di grilled dgn sedikit garam dan lada sulah,  sedikit lemon)

Bahan-bahan untuk sos ( White Sause )
2 sudu besar mentega
1/2 biji bawang besar (dicincang)
1 sudu besar tepung gandum
1/2 sudu kecil daun parsli kering (herb lain pun boleh)
1 cawan susu segar
Secubit garam
Secubit lada hitam

Cara penyediaan

1. Sediakan sos putih: Panaskan mentega dlm periuk kecil, goreng bawang besar sehingga layu.
2. Masukkan tepung gandum dan kacau sehingga rata.
3. Masukkan susu segar, herba, garam dan lada hitam.
4.Kacau dan masak hingga mendidih. Matikan api dan diketepikan.
5. Ikan diperap  bersama garam dan lada hitam.
6. Gorengkan dgn minyak zaitun sehingga perang/masak.
7. Hidangkan bersama sayur-sayuran, hirisan lemon dan white sos.


Related Posts with Thumbnails