Tag Archives: resepi sambal ikan bilis goreng

Bebola Roti Goreng

Hidangan berbuka puasa semalam ni saya pilih bebola roti goreng untuk versi kuih muih… tak ada kuih lain… Tu pun masa buat blogwalking kat dapur Ayu, ternampak resepi ni, saya pun teruja nak buat, kebetulan roti kat umah saya ni terbiar dan tak ada sesiapa nak habiskan!! Bila dah jadi bebola terus licin…. Simple je tapi anak-anak suka!!!! Layan resepi dulu…..

Resepi Bebola Roti Goreng ( sumber: dapur Ayu/sumber asal : lizahanum )

14 keping roti ( plain white bread)-POTONG menjadi kepingan kecil
2 biji telur (saiz besar)
3 batang cili merah (potong kecil2)
1 biji bawang besar (dadu halus2)
sedikit daun sup/bawang (hiris)
2 sudu teh serbuk lada putih
garam secukup rasa
perasa ikan bilis -(Ayu used kiub ikan bilis dilenyek2 sikit) – saya tak letak
6 ekor udang sederhana ( di potong kecil2 ) – saya tambah
minyak utk menumis

Cara penyediaan

1. Masukkan roti ke dalam mangkuk yg besar.  Kemudian masukkan telur,  cili merah, bawang,perasa ikan bilis dan daun sup/bawang.
2. Gaul rata-rata. Akhir sekali, masukkan garam dan  lada putih serbuk .
3. Gaul rata2 dan kepal2kan menjadi bebola. Buat bebola roti hingga habis. Gorenglah seperti anda menggoreng jemput-jemput biasa. Hidangkan bersama sos cili yg anda gemari.

Yang ni hidangan penuh kami berbuka puasa semalam. Ikan kerisi masak asam rebus, Udang Goreng, Ikan kerisi lagi tapi versi goreng, Sayur campur dan sambal ikan bilis goreng!!!. Masak habis simple dan bodoh-bodoh jerrr… Semalam terasa letih dam mood nak memasak pun kurang sikit. Namun Alhamdulillah sempat jugak sediakan hidangan lengkap buat famili tercinta!!!

Udang goreng ni saya goreng bodoh jerrr… Saya lumur secubit garam pada udang. Lepas tu goreng hingga kulit udang tu agak  garing. Versi udang goreng macam ni saya buat kala saya malas atau masa memasak terhad. Tapi ia sangat sangat laku di rumah saya…….

Sambal ikan bilis goreng ni kesukaan my hubby…. Kalau ada sambal ni makan pun dan tak tengok kiri dan kanan…. Mungkin ramai yang dah tau buat sambal ni tapi saya nak sertaikan resepinya wat tatapan semua….

Resepi Sambal ikan bilis goreng

Segenggam Ikan bilis di goreng rangup ( banyak mana terpulang…. lebih banyak ikan bilis lebih sedap )
10 biji cili padi ( boleh gak campur dengan cili merah atau hijau )
1 labu bawang  ( di potong2 )
secubit garam ( kalau ikan bilis jenis masin tak perlu letak )
1 sudu makan gula
perasa ( jika suka )
limau kasturi ( potong dan hias kat sambal )
sedikit minyak

Cara Penyediaan

1. Goreng cili padi dan bawang hingga layu, kemudian angkat.
2. Tumbuk ikan bilis goreng hingga hancur kemudian masukkan gula, garam, cilipadi dan bawang yang telah di goreng layu.
3. Sesuaikan rasa bolehlah diangkat.

Related Posts with Thumbnails