Tag Archives: resepi sambal kerang

Sambal Kerang

Semalam kaum kerabat belah suami  datang berbuka puasa kat rumah saya….. Dah lama terfikir nak masak apa untuk tetamu-tetamu istimewa kami ni… mula- mula tu saya cadang nak masak nasi beriani…… tapi last minit tukar masak nasi lemak  pulak… sebab rasa-rasa macam tak larat je saya nak buat nasi beriani dan lauk pauknya yang agak rumit tu…. Sambal kerang ni salah satu menu yang saya masak bersama nasi lemak tu…  jom layan resepi sambal kerang ni dulu!!!

Resepi sambal kerang

3- 4 kilo kerang ( rebus dan ambil isinya sahaja ) – dapat dalam 1 mangkuk besar isi kerang
20 -30 biji cili kering ( di rendam dan dikisar)
1-2 labu bawang besar ikut saiz – ( di kisar )
4 biji bawang merah ( dikisar )
3 biji bawang putih ( dikisar )
1 keping asam gelugur
3 sudu besar sos cili
1/2 inci belacan ( optional ) – di campur dengan bahan kisar
gula secukup rasa
garam secukup rasa
sedikit serbuk perasa

Cara penyediaan

1. Tumis bahan kisar hingga naik minyak atau agak2 kering airnya.
2. Masukkan kerang, soscili dan asam gelugur. Kacau seketika.
3. Masukkan garam, gula dan serbuk perasa.  kalau terlalu pekat boleh masukkan sedikit air.
4. Bila rasanya telah sesuai ikut citarasa yang di ingini, kacau seketika, bolehlah diangkat.
** jika suka boleh masukkan bawang hiris kedalam sambal…. kacau hingga bawang hiris tu masak kemudian bolehlah diangkat.

Selain sambal kerang saya masak gak ayam goreng dan rendang daging sebagai lauk tambahan!!! Untuk dessert saya masak puding jagung dan buah tembikai, manakala air pulak saya godak air sirap bandung campur cincau!!! Gambar ni pun saya snap lepas solat magrib…. tetamu pun dah kurang sikit sebab separuh tu tengah solat…. bolehlah curi curi amik gambar… masa berbuka puasa pun saya tak dapat rakamkan foto, sebab sibuk melayan tetamu….

Ni gambar rendang daging yang sempat saya snap!!! Saya masak rendang ni sebab nak ambil mood raya… kira hari ni memang meriah betul dapat berbuka beramai-ramai… Bila makan rendang ni dah terasa macam hari raya…

Yang ni pula gambar anak-anak sedara ika dan sofia ( baby ) serta yang lain-lain sedang bersantai-santai di meja makan sambil bersembang-sembang!!! Seronok betul dapat berkumpul adik beradik di meja makan…time ni lah  dapat mengeratkan silaturrahim kerana masing2 sibuk ngan kerja dan urusan masing-masing.

Ni  antara makanan atas meja…. separuh je saya masak yang lain2 tu makanan yang di bawa oleh tetamu-tetamu saya yang dibeli dari Bazar  Ramadan…. antaranya rojak singapura, roti John, mertabak, karipap dan kuih bakar. Alhamdulillah…. semuanya selesai dan selamat!!! Seksa pun dah habis…. tak lama lagi nak raya!!! tak sabar pulak nak masak untuk juadah raya……

Related Posts with Thumbnails