Tag Archives: resepi sardin sedap

Kari Sardin

Salam semua… Rasanya lama betul saya tak buka blog saya ni… baru hari ni berkesempatan nak mengupdate blog ni…  Saya minta maaf kerana ada komen2 yang belum sempat saya jawab!!! Akhir2 ni line internet agak lembab… dan saya agak down sikit nak buka blog!! Saya harap pengunjung sume jangan jemu singgah ke blog saya ni yerr….

Entri masak2 saya kali ni, kari sardin simple…. saya memang suka sangat makan kari sardin… walaupun simple, tapi kalau lawan dengan roti atau lempeng, kami sekeluarga makan tak hingat …memang layan sangat!!! Saya rasa masak kari ni semua orang tahu resepinya… tapi saya just nak letak jugak resepi buat tatapan anak perempuan saya yang baru belajar2 nak ke dapur!!!

Resepi Kari Sardin

1 tin besar sardin ( ambil ikannya sahaja… saya tak ambil sosnya )
3 -4 biji bawang merah @ 1 labu bawang besar ( saiz sederhana ) – dihiris
2 ulas bawang putih ( dihiris )
3/4 inci halia ( di hiris )
1 sudu makan jus limau kasturi
1/2 cawan susu cair
1 cawan air ( atau lebih )
2 sudu makan serbuk kari
1 sudu makan serbuk cili
sedikit daun kari
garam secukup rasa
serbuk perasa jika suka

Cara penyediaan

1. Tumis bahan hiris dan daun kari dengan sedikit minyak masak hingga wangi.
2. Masukkan serbuk kari dan serbuk cili yang telah di bancuh dengan sedikit air terlebih dahulu, kacau rata.
3. Masukkan  air, susu cair, jus limau kasturi, dan sardin. Kacau seketika dan masak hingga kuah tadi agak pekat sesuai dengan citarasa masing2.
4. Sesuaikan rasanya dan bolehlah di hidangkan.

Related Posts with Thumbnails