Tag Archives: resepi sate daging

Sate Daging

Hari ni terasa nak makan sate… biasanya kami beli jerr kat kajang, tapi kali ni cuba nak belajar2 buat sate sendiri… memang sedap homemade sate guna resepi kat bawah… walaupun leceh sikit kerana perlu bakar kat atas arang, tapi rasa seronok dan puas hati…..

Resepi Sate Daging

Bahan-bahan:

  • 1 kg isi ayam/daging batang pinang} dihiris kepingan
  • 1 1/2 sudu kecil garam
  • 4 sudu besar gula pasir
  • 2 sudu besar minyak masak
  • lidi sate
  • minyak untuk merenjis(dgn serai yg dititik)

Bahan dikisar:

  • 3 ulas bawang merah
  • 2 biji buah keras
  • 2 ulas bawang putih
  • 3 cm kunyit hidup atau 2 sudu kecil kunyit serbuk
  • 4 cm halia
  • 2 batang serai
  • 4 cm lengkuas
  • 1 sudu besar ketumbar } disangai
  • 1 sudu kecil jintan manis } disangai
  • 1 sudu kecil jintan putih } disangai

Cara penyediaan:

1. Campurkan gula, minyak masak dan garam ke dalam bahan-bahan kisar.
2. Perap daging dengan bahan kisar sekurang-kurangnya selama 3 jam .
3. Cucuk dengan lidi dan bakar, sambil merenjis dengan minyak menggunakan serai hingga sate masak.
4. Sajikan dengan kuah kacang, nasi impit, ketupat, bawang dan timun.

Sedikit tips: Lidi terlebih dahulu direndam di dalam air selama 2 jam sebelum digunakan untuk mengelakkan lidi hangus bila satay dibakar.

Resipi kuah sate

Bahan:
1/2 kg kacang tanah..goreng ..buang kulit..tumbuk kasar/pecah2
1/4 kg daging..hiris nipis
1/2 cawan air asam jawa
1/2 cawan gula merah
1/2 cawan minyak
garam secukup rasa

Bahan kisar
3 sudu besar cili kisar
4 batang serai
1 inci halia
1/2 inci lengkuas
8 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
2 biji buah keras

Cara penyediaan:

1. Tumiskan bahan mesin sehingga wangi dan garing.
2. Masukkan daging dan biarkan sehingga lembut.
3. Bila dah naik minyak masukkan air asam jawa dan kacang. Tambahkan sedikit air jika pekat sangat.
4. Masukkan gula dan garam secukupnya. Biarkan sehingga naik minyak.

Related Posts with Thumbnails