Tag Archives: resepi sup ikan mudah dan sedap

Sup Ikan Kerisi

Hari ni saya teringin sangat nak makan sup ikan kerisi… Memang sedap sup ikan kerisi ni… Dulu saya tak tau pun ikan kerisi ni sedap jika dibuat sup!! Biasanya ikan kerisi ni saya suka goreng atau masak asam rebus je…. Tapi bila mak saya kata ikan kerisi ni sedap dimasak sup, saya pun try… memang sedap!!!  Berminat nak cuba resepi ni, saya letakkan kat bawah.

Resepi Sup Ikan Kerisi

3 ekor ikan kerisi saiz besar ( di siang dan dipotong 2 @ 3 )
1 inci halia – di potong memanjang
4 ulas bawang merah  ( di hiris )
3 ulas bawang putih ( di hiris )
4-8 biji cili padi – dipotong memanjang
sedikit serbuk lada sulah
1 camca besar sos tiram
1 sudu makan sos ikan
air untuk kuah secukupnya
garam
daun bawang
daun ketumbar
Jus limau ( jika suka sup masam – ikut suka )

Cara penyediaan

1. Tumis halia, bawang putih, bawang merah dan lada sulah hingga wangi. Kemudian masukkan cilipadi, ikan dan  air. Masak hingga kuah mendidih.
2. Bila mendidih masukkan sos tiram, sos ikan dan garam. Sesuaikan rasanya. Jika suka sup masam boleh letak jus limau.
3. Hidangkan dengan daun bawang dan daun ketumbar.

Related Posts with Thumbnails