Tag Archives: resepi sup tulang sedap

Sup Tulang

Salam…

Tak de angin, tak de ribut… tetiba my hubby order tulang2 lembu dari jiran kami yg pergi kat pasar tani ahad lalu…. kebetulan kami sekeluarga dah lama banget tak makan sup tulang lembu… saya pun tak ingat benda lain melainkan nak masak sup tulang je….

Oleh kerana tulang2 ni sangat fresh rasanya sangat sedap dan manis… kalau masak tak perlu touch up lebih2 nak bagi sedap… baru rebus dan letak garam pun dah rasa sedap sgt….

Malas nak  makan nasi, saya makan sup tulang ni bersama bihun…..

… resepi ni saya ambil dari dapur kak nor… tapi biasalah saya ada derhaka sikit2…  saya ni sampai sekarang masih tak reti nak ikut sebijik2 resepi, bila masak guna resepi…. setengah2 bahan tu pun memang tak de kat dapur saya…

… Ni eksesori penting kena ada bila masak sup…

Sambal kicap ni mesti ada dan sangat wajib bila makan dengan sup….. kalau makan sup tulang tanpa sambal kicap ni… oughhh plizzz!! saya rasa saya tak dapat menikmati sup dengan seluruh jiwa raga saya!!!

SUP TULANG
resipi asal : K.Nor@SecubitGaram

Bahan:
1 kg tulang lembu (lebih sedap jika digunakan tulang rusuk) ( saya guna 1 1/2 kg tulang + daging lembu )
3 biji bawang merah – dimayang halus ( saya guna 2 biji bawang besar )
1 ulas bawang putih – dimayang halus  (saya guna 4 ulas bwg putih )
2 in halia diketuk
1 rempah sup bunjut@3 sudu besar rempah sup serbuk ( saya guna rempah sup serbuk )
1 1/2 sudu besar lada hitam – ditumbuk ( saya guna 1 1/2 sudu besar lada putih biji di tumbuk )
3 biji ubi kentang _ tak letak
garam dan gula secukup rasa
1 btg celery jika suka – tak letak
1 kiub pati ayam – tak letak
air secukupnya
bawang goreng dan daun sup

bahan penumis :
5 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
1 btg kulit kayu manis
1 kuntum bunga lawang

Cara-cara
Bersihkan tulang dan masukkan kedalam periuk bersama air. Sukatan air mestilah sekali ganda lebih dari paras tulang. Masaklah sehingga daging 1/2 empuk. Jgn buka api terlalu kuat kerana ini akan menyebabkan daging di tulang akan menjadi keras dan liat. Sebaiknya gunakan api yg sederhana shj. Masukkan sedikit garam supaya isi daging menjadi lebih sedap.

Ceduk keluar bhg. berminyak yg terdapat dipermukaan air rebusan tulang tersebut. Biarkan sehingga ia sejuk dan masukkan kedalam peti ais. Akan terdapat satu lapisan membeku dibhg atasnya dan bolehlah dibuang, manakala air rebusan yg dibahagian bawah itu dimasukkan kembali kedalam air rebusan tulang. Kaedah ini dapat menghalang mulut/bibir kita menjadi berminyak setelah makan sup tersebut. Kaedah ini juga boleh digunakan jika hendak memasak gulai tulang..

Masukkan rempah sup bunjut/rempah sup serbuk, halia dan ubi kentang. Bolehlah ditambah air jika kuah kelihatan tidak mencukupi. Masukkan juga serbuk lada hitam dan kiub pati ayam.

Dalam kuali berasingan, panaskan sedikit minyak dan tumislah bahan penumis hingga wangi dan masukkan bawang merah dan bawang putih yg telah dimayang. Goreng sehingga bawang tersebut menjadi garing dan curahkan kesemuanya kedalam periuk rebusan tulang (termasuk minyak).

Masukkan celery jika ada dan masukkan garam dan gula mengikut cita rasa masing2. Masaklah sehingga ubi kentang dan daging empuk. (tulang memang tak leh empuk kan.. hehe)

Hidangkan ke dalam mangkuk dan taburlah bawang goreng dan daun sup.

Related Posts with Thumbnails