Tag Archives: resepi terbaik apam gula hangus

Apam Gula Hangus

Salam…

Dah lama saya cari resepi apam gula hangus ni… kuih ni my fav sejak dulu-dulu… pernah cuba buat guna resepi lain tapi tak berapa menjadi… at last jumpa gak resepi yang sedap ni kat dapur yatie… sedap dan gebu apam ni sesuai dengan my taste… Cara nak buat pun senang je…. guna blender semudah 1 2 3….

Gambar apam yang telah di potong tak sempat nak ambil kerana laju je kuih ni di ngap oleh orang2 kat rumah saya… kalau tak puas hati  boleh ngintai gambar2 kat Dapur Yatie pula ya!!!

Resepi Apam Gula Hangus ( sumber c&p : Dapur Yatie , sumber asal: hazz-63 di MyR. )

1 cawan gula pasir*
1 cawan air panas*(*jadikan gula hangus)

2 biji telur
1/2 cawan minyak masak
2 sudu besar marjerin/butter
2 sudu susu pekat
1 sudu teh soda bikarbonat.
1 1/2 cawan tepung gandum.

Cara-cara

1. Gula dihanguskan kemudian dicampurkan dengan air.kemudian sejukkan
2. Didalam blender masukkan telur,susu,minyak dan marjerin/butter, kisarkan anggaran 3 minit
3. Masukkan gula yang telah disejukkan tadi bersama-sama soda bikarbonat dan dikisarkan lagi.
4. Akhir sekali masukkan tepung dan dikisar lagi sehingga sebati.
5. Kukus adunan tadi di dalam loyang yang telah disapu dengan minyak masak selama 45 minit.
6. Boleh juga menggunakan acuan mangkuk plastik…kukus dlm 15 minit.
7. Sekiranya adunan nampak cair bolehlah ditambah sedikit tepung agar apam tadi tidak mendap dan basah dibahagian bawahnya.

** saya tambah 1 sudu baking powder sebelum apam tu dimasukkan dalam acuan… untuk lebih gebussss….( pandai2 jer derhaka resepi orang… amponn!!!)


Enjoy….


Related Posts with Thumbnails