Tag Archives: resepi trifle

Trifles

Hari ni agak rajin sikit… so saya pun buat triffle sebagai hidangan pencuci mulut!! Triffle ni my ‘feveret’ dessert!!! Saya start belajar buat triffle semenjak tingkatan 3…. dalam matapelajaran Sains Rumah tangga!!! Sejak tu saya memang penggemar triffle!!! Cara nak buatnya pun senang saja dan bahan-bahannya senang didapati dan boleh di pelbagaikan mengikut citarasa yang diingini!!! Biasanya saya suka basahkan kek dengan jus fruit coctail dulu, lepas tu baru di lapis dengan kastard, buah2an dalam tin, puri buah-buahan dan agar-agar!!! Simpan triffle dulu dalam peti sejuk sebelum dimakan kerana ia┬ásangat sedap jika di makan sejuk-sejuk!!! Resepi saya ambil dari ┬ádapur chef hanieliza ni…..tapi saya tambah sikit dengan puri strawberi supaya lebih sedikit masam dan nak seimbang dengan lemak kastardnya……. Kalau nak sedap lagi boleh lapiskan dengan fresh cream!!!…… Apa-apapun layan resepi……

TRIFFLES ( sumber : Dapur hanieliza )

Bahan-Bahan:

  • 1 bungkus kek swiss roll
  • 1 kotak agar-agar segera (Lady’s Choice) – perisa strawberry
  • 1 tin fruit cocktail
  • 2 sudu besar tepung kastard
  • 3 sudu besar gula
  • 3 cawan susu segar

Cara:

  1. Campurkan tepung kastard, gula dan susu dan masak sehingga menggelegak dan kepekatan. angkat dan biar sejuk.
  2. Potongkan kek swill roll dan susun ke dalam bekas [kalau nak cantik..masukkan dlam bekas kaca..nanti nampak lapisan triffle ni] sehingga penuh.
  3. Kemudian ambil sedikit jus buah cocktail dan tuangkan keatas kek tadi.
  4. Tuangkan kastard tadi keatas kesemua kek sehingga rata.
  5. Taburkan buah cocktail keatas kastard tersebut.
  6. Bancuh agar-agar segera mengikut arahan yang telah disediakan dan tuangkan keatas buah cocktail tadi.
  7. Masukkan ke dalam peti sejuk.

Resepi Puri Strawberi boleh check kat sini


Related Posts with Thumbnails