Tag Archives: Resepi Udang galah bercili

Udang Galah Goreng Bercili

Udang galah yang my husband saya beli minggu lepas masih ada lagi…. saya pun dah hampir terlupa dengan udang galah ni…. Bila geledah je peti sejuk nampak udang ni, terus je keluarkan….. Kat kepala cuma fikir nak buat sambal udang je….  tapi last minute tukar  pula masak udang goreng bercili yang tak berapa pedas….  kerana fikirkan anak perempuan saya tak berapa suka makan makanan yang pedas-pedas…. Oklah kerja rumah ni dah banyak menanti!! Layan je resepi yang simple ni!!

Resepi Udang galah goreng bercili

500 g Udang Galah ( di bersihkan )
1 labu bawang besar ( dipotong dan di tumbuk )
3 ulas bawang putih ( ditumbuk)
1/2 inci halia ( ditumbuk )
3 sudu besar cili kisar
2 sudu besar sos cili
1 batang serai ( di ketuk )
gula secukup rasa
garam secukup rasa
minyak untuk menggoreng dan menumis
daun ketumbar
buah tomato ( dipotong 6 )
serbuk perasa secukupnya ( optional )

Cara Penyediaan

1. Udang galah di goreng seketika dalam minyak yang telah di panaskan.
2. Setelah kulitnya bertukar warna dan masak, angkat dan ketepikan.
3. Tumis bahan tumbuk serta cili kisar bersama 2 sudu minyak hingga wangi dan kering airnya.
4. Masukkan serai dan cili sos, garam, gula, perasa dan sedikit air.
5. Bila telah mendidih masukkan Udang galah yang telah digoreng, tomato dan daun ketumbar.
6. Sedia untuk di hidangkan.


Related Posts with Thumbnails