Tag Archives: resepi udang goreng

Bebola Roti Goreng

Hidangan berbuka puasa semalam ni saya pilih bebola roti goreng untuk versi kuih muih… tak ada kuih lain… Tu pun masa buat blogwalking kat dapur Ayu, ternampak resepi ni, saya pun teruja nak buat, kebetulan roti kat umah saya ni terbiar dan tak ada sesiapa nak habiskan!! Bila dah jadi bebola terus licin…. Simple je tapi anak-anak suka!!!! Layan resepi dulu…..

Resepi Bebola Roti Goreng ( sumber: dapur Ayu/sumber asal : lizahanum )

14 keping roti ( plain white bread)-POTONG menjadi kepingan kecil
2 biji telur (saiz besar)
3 batang cili merah (potong kecil2)
1 biji bawang besar (dadu halus2)
sedikit daun sup/bawang (hiris)
2 sudu teh serbuk lada putih
garam secukup rasa
perasa ikan bilis -(Ayu used kiub ikan bilis dilenyek2 sikit) – saya tak letak
6 ekor udang sederhana ( di potong kecil2 ) – saya tambah
minyak utk menumis

Cara penyediaan

1. Masukkan roti ke dalam mangkuk yg besar.  Kemudian masukkan telur,  cili merah, bawang,perasa ikan bilis dan daun sup/bawang.
2. Gaul rata-rata. Akhir sekali, masukkan garam dan  lada putih serbuk .
3. Gaul rata2 dan kepal2kan menjadi bebola. Buat bebola roti hingga habis. Gorenglah seperti anda menggoreng jemput-jemput biasa. Hidangkan bersama sos cili yg anda gemari.

Yang ni hidangan penuh kami berbuka puasa semalam. Ikan kerisi masak asam rebus, Udang Goreng, Ikan kerisi lagi tapi versi goreng, Sayur campur dan sambal ikan bilis goreng!!!. Masak habis simple dan bodoh-bodoh jerrr… Semalam terasa letih dam mood nak memasak pun kurang sikit. Namun Alhamdulillah sempat jugak sediakan hidangan lengkap buat famili tercinta!!!

Udang goreng ni saya goreng bodoh jerrr… Saya lumur secubit garam pada udang. Lepas tu goreng hingga kulit udang tu agak  garing. Versi udang goreng macam ni saya buat kala saya malas atau masa memasak terhad. Tapi ia sangat sangat laku di rumah saya…….

Sambal ikan bilis goreng ni kesukaan my hubby…. Kalau ada sambal ni makan pun dan tak tengok kiri dan kanan…. Mungkin ramai yang dah tau buat sambal ni tapi saya nak sertaikan resepinya wat tatapan semua….

Resepi Sambal ikan bilis goreng

Segenggam Ikan bilis di goreng rangup ( banyak mana terpulang…. lebih banyak ikan bilis lebih sedap )
10 biji cili padi ( boleh gak campur dengan cili merah atau hijau )
1 labu bawang  ( di potong2 )
secubit garam ( kalau ikan bilis jenis masin tak perlu letak )
1 sudu makan gula
perasa ( jika suka )
limau kasturi ( potong dan hias kat sambal )
sedikit minyak

Cara Penyediaan

1. Goreng cili padi dan bawang hingga layu, kemudian angkat.
2. Tumbuk ikan bilis goreng hingga hancur kemudian masukkan gula, garam, cilipadi dan bawang yang telah di goreng layu.
3. Sesuaikan rasa bolehlah diangkat.

Udang Goreng Rangup

Salam Semua…. saya harap semua ceria dan sihat selalu….. kalau tak sihat makanlah ubat dan jagalah kesihatan!!! Kalau tak sihat bagaimana kita hendak menikmati keenakan dan kelazatan sesuatu makanan tu….. seperti udang goreng rangup ni!!! Walaupun udang ni tak elok dimakan berlebihan tapi jika kita pandai mengawal pengambilannya sudah tentu tak menjadi masalah untuk kita menikmatinya……

Berbalik pada cerita udang goreng ni, nilah resepi paling senang nak di sediakan…. dan ia sangat sedap juga sangat disukai oleh anak anak saya!!! Anak-anak saya kalau  ada udang goreng ni, makan dengan nasi dan kicap pun boleh licin!!! Udang ni kalau nak rangup makanlah panas panas….. kalau dah sejuk tu dah kuranglah kerangupannya… tapi still juga sedap!!! dah namanya udang kan buat macam mana pun rasanya tetap sedap……

Ok lah tenung lama-lama gambar saya ni…. buat kecur air liur je!!!… apa kata anda buat sendirik….. resepinya saya sertakan kat bawah!!

Resepi Udang goreng rangup

20 ekor udang sederhana besar ( dibuang kepala dan kulitnya kecuali ekornya )
1 biji telur
serbuk roti atau bread crumbsecukupnya
sedikit garam
sedikit lada sulah

Cara penyediaannya.

1. Pukul telur bersama sedikit garam dn lada sulah hingga sebati.
2. Ambil udang kemudian celupkan kedalam telur tadi.
3. Kemudian masukkan udang tadi kedalam mangkuk yang mengandungi serbuk roti.
4. Salutkan udang tadi dengan srbuk roti kemudian goreng kedalam minyak panas.
5. Buat hingga habis dan bolehlah dihidangkan.


Related Posts with Thumbnails