Tag Archives: resipi agar-agar santan

Agar-agar Santan Berperasa Pandan

Hari ini untuk juadah berbuka puasa saya buat agar-agar santan berperasa pandan…..  memang best layan agar-agar ni lebih2 lagi semasa berbuka puasa….. Bila makan sejuk jerr kat tekak ….. Resepi kat bawah ni sangat sesuai dengan citarasa saya kerana tidak manis sangat dan tidak terlalu keras!! Kalau berninat saya sertakan resepinya….

Resepi Agar-agar Santan

10 g agar-agar ( serbuk atau jenis bertali )
4 cawan air
1 kotak santan ( 200ml )
1 cawan gula
3 helai daun pandan ( dipotong-potong )
1 biji telur yang telah dipukul ( ni tak letak pun boleh )
sedikit pewarna hijau
secubit garam

Cara Penyediaan

1. Satukan agar-agar, daun pandan dan air. Masak hingga agar-agar larut.
2. Masukkan  pewarna hijau, garam, gula, telur yang telah dipukul dan santan.
3. Bila telah mendidih tapis adunan tadi dan masukkan kedalam acuan.
4. Sejukkan sehingga agar-agar beku. Bolehlah dihidangkan….

Selamat mencuba…..

Yang ni pulak juadah kami semasa berbuka puasa petang tadi….Nasi Beriani, daging masak kurma, ayam masak merah dan acar mentah.   Saya tak buat!!… My husband beria-ia nak beli di Bazar ramadan….. so saya pun sangat gembira dan mengalu-alukannya sebab tak perlu susah2 nak memasak. Hari ni layan air tebu dan air cincau jerrr….

Related Posts with Thumbnails