Tag Archives: Resipi asam pedas Melaka terbaik

Asam Pedas Melaka

Salam…

Adik2 saya ajak kami bercuti-cuti kat Melaka pada Tahun Baru Cina ni…. so kami plan lah nak makan kat Restoran asam pedas Melaka  di Kota Laksamana masa bercuti nanti…. Masa menggoggle cari tempat  makan terjumpa lah resepi ni… saya pun tiba-tiba terasa nak try masak dulu sebelum mencuba ‘the real asam pedas melaka’ nanti….

Sesekali best juga ubah selera asam pedas ni kan… tak le asyik2 masak asam pedas style Johor je….

ASAM PEDAS MELAKA ( sumber dari sini )

600 g ikan parang, terubok dll – saya guna ikan kembung
1 batang serai, dititik
4-5 tangkai daun kesum @ bunga kantan
1½ sudu besar asam jawa } campur utk
400 ml air } air asam
300 g kacang bendi – dihiris pangkal
60 ml minyak
1 sudu besar gula
garam secukup rasa

Bahan Kisar:

15-20 tangkai cili kering – direndam
1 cm kiub belacan, dibakar
½ sudu teh jintan manis } disangai & ditumbuk dulu
½ sudu teh jintan putih }
5 biji bawang merah
5 ulas bawang putih
1 inci halia ( saya tambah )

Cara membuat:

1. Panaskan minyak, tumis bahan kisar dan serai hingga wangi dan terbit minyak.
2. Masukkan air asam jawa dan ikan. Masak hingga mendidih.
3. Bubuh kacang bendi, garam dan gula. Kacau sekali-sekala.
4. Bila bendi lembut dan ikan masak, angkat dan hidangkan.

Photobucket


Related Posts with Thumbnails