Tag Archives: resipi Bubur Somsom

Bubur Som Som

Salam…

Hari ketiga iftar ni saya berkesempatan memasak sepenuhnya juadah berbuka puasa untuk hari ni… Kebetulan my baby Sarah pula dijaga oleh my hubby ( yang kebetulan sedang cuti… ), so saya punya banyak masa kat dapur utk menyediakan juadah…

Hari ni saya masak nasi ayam, makanan kesukaan anak2….  dan juga masakan fav saya sebab paling senang dan cepat nak disiapkan….. Dessertnya saya buat bubur Somsom, buah tembikai dan air cincau…. Nasi ayam ni dah banyak kali juga saya entri… kalau nak resepi boleh klik kat sini atau boleh klik kat button linkwith kat bawah ya….

Ni lah juadah simple kami yang saya ambil secara kelam kabut… ralit tengah buat kerja, azan pula dah berkumandang… Walaubagaimana pun, Alhamdulillah… bersyukur kami dengan rezki yang Allah kurniakan ini…

Cerita pasal nasi ayam terlupa pula tetang bubur som-som….. bubur ni adalah hidangan nostalgia kerana masa kecik2 mak saya selalu buat bubur somsom ni… Bubur ni sedap sangat dan rasa2 dia lemak2 gitu… lawan dengan air gula melaka memang sedaplah….

Actually ni first time saya buat bubur ni…  anak2 saya ingat saya buat tauhu fa… Masa saya hidang atas meja my son siap kata….. ‘ Wah pandai mama buat tauhu fa!!’… saya tergelak dan kata … ni bukan tauhu fa … ni namanya bubur som-som!!!

Resepi bubur som-som ni saya cnp dari dapur kak intan ( jari intanku ) yang sangat kreatif tu… Thanks ya kak.. best resepi ni…. sekali buat terus menjadikkk…..

Resepi Bubur Som-som ( sumber: dapur Kak intan )

Bahan bahan nya:-
1 cawan tepong beras
4 cawan santan pekat
2 helai daun pandan yang disimpul
sedikit garam

Cara penyediaanya.

1. Kacau sebati semua bahan bahan ini didalam periuk yang bersesuaian,diatas api yang perlahan sehingga pekat.
2. Apabila nampak berkilat, angkat dan masuk kan dalam acuan atau pun loyang.
3. Kemudian dikukus lebih kurang 15 minit. Angkat dan sejukkan.
4. Masa makan nya curahkan pula air gula yang telah dimasak bersama sama dengan daun pandan juga sedikit gula pasir untuk tambah manis.
5. Nak lagi sedap simpan atau sejukkan nya didalam peti ais terlebih dahulu

** Versi saya : saya tak kukus.. lepas masak dan kacau atas api hingga pekat terus letak dalam cawan kecik2… kemudian sejukkan…  dan bleh terus di hidang bersama air gula melaka…

Related Posts with Thumbnails