Tag Archives: Resipi daging merah

Daging Masak Merah Ala-Thai

Hari ni mood nak memasak agak menurun, kerana tak berapa sihat!!  Sepanjang hari asyik tidur je!!Lepas saja bangun tidur rasa badan cergas semula dan agak selesa nak buat kerja-kerja rumah yang tertangguh!! Daging masak merah ala-Thai ni adalah hidangan makan malam kami sekeluarga….. dimakan bersama nasi goreng kerana nasi tengahari masih banyak berbaki. Anak saya sangat suka makan daging merah ni….. kalau makan di luar pun, nasi bersama daging merah selain dari tomyam adalah pilihan utama!!   Resepi ni tak merujuk mana2 pun kerana saya kerap membuatnya. Masa mula-mula belajar membuatnya, saya  merujuk majalah untuk mencari resepinya tetapi sekarang masih ingat lagi…. selalu jugak ubahsuai ikut bahan-bahan yang ada di dapur!……anyway cubalah resepi yang tak seberapa ini!!! Saya ingin berkongsi dengan anda semua……. Enjoy!

Resepi Daging Masak Merah Ala-Thai

300 g daging
1 sudu makan pes cili
1 labu bawang besar ( saiz besar ) – dipotong2
3 ulas bawang putih ( dipecahkan )
4-6 ulas cili padi  (dititik/diketuk ) – boleh tambah jika suka pedas
2 -3 sudu besar sos cili ( Boleh tambah sos jika mahu kuah lebih )
1 sudu makan sos tomato
1 sudu makan sos ikan ( sos nampla )
1 biji buah tomato ( di potong 6 )
cili merah/ cili hijau untuk hiasan
daun ketumbar ( di hiris )
sedikit minyak

Cara penyediaan

1. Daging di bersihkan kemudian direbus hingga agak empuk. Angkat dan sejukkan seketika.
2. Hiris daging tadi kemudian ketepikan.
3. Masukkan 2 sudu besar minyak masak dalam kuali.
4. Masukan daging tadi goreng seketika dengan api perlahan ( goreng sekejap saja – jangan garing sangat!).
5. Dalam kuali yang sama, tolak daging ketepi masukan pes cili, bawang putih, bawang besar. Kacau sehingga layu.
6. Masukkan semua sos-sos dan sedikit air. Bila kuah mendidih masukkan buah tomato daun ketumbar dan  cili merah serta cili hijau yang telah di potong memanjang.
7. Kacau seketika dan tutup api. Bolehlah dihidangkan.


Related Posts with Thumbnails