Tag Archives: resipi gulai lemak telur

Gulai Telur Dengan Udang Galah

My Husband baru balik Linggi Negeri Sembilan, tiba-tiba bawa balik satu kilo udang Galah!! Walaupun dia sendiri tak berapa sukakan udang, tetapi  masih teringat nak beli kerana ingat kan saya dan anak-anak  yang suka sangat makan udang…… Dapat makan udang segar dari ladang (  ladang lah sangat…. sungai je….. ) memang satu nikmat bagi saya…… Dekat kepala saya terfikir… nak masak apa dengan udang ni ya…. tiba-tiba teringat blog Yatie ( USA ) pernah post entri pasal gulai udang pedas…. Saya pun rasa nak masak lemak cili padi je!!! ala-ala gulai lemak pedas yatie……. Bezanya saya tambah telur pada gulai saya!!!! Saya takut anak saya tak cukup udang, so saya akan hulur telur pulak kat pinggannya!!! Maklumlah anak remaja yang tengah nak membesar…. makan punyalah kuat!!!!!.

Anyway memang best sangat gulai telur ni jika dicombinekan dengan udang galah…… Manis-manis udang terasa pula pada telur!!! Berbaloi duit my husband terbang rm 50….dapat beli hanya sekilo udang galah!!!! yang penting dapat makan udang baru dan segar……..

Resepi Gulai Telur Dengan Udang Galah

4 – 8 ekor Udang galah ( ikut saiz)
6 biji telur
2 cawan santan pekat
4 cawan santan cair
4 ulas bawang merah ( ditumbuk)
1 inci halia (ditumbuk )
1 inci kunyit ( ditumbuk )
10 biji padi ( boleh tambah jika suka pedas )
2 keping asam gelugur
2 batang serai ( di titik )
daun limau purut  @
daun kunyit
garam secukupnya
perasa secukupnya

Cara Penyediaan

1. Masukkan bahan tumbuk, santan cair & serai ke dalam periuk.
2. Reneh atas api perlahan sehingga mendidih.
3. Masukkan sedikit air agar kuah tidak terlalu pekat.
4. Masukkan asam gelugur dan santan pekat kemudian kacau sentiasa agar tidak berketul-ketul.
5. Bila mendidih masukkan udang. Kacau hingga kuah mendidih sekali lagi.
6. Pecahkan telur  ke dalam periuk satu persatu – jangan sampai kuning telur
pecah.
7. Masukkan garam, daun kunyit atau limau purut. Kacau dengan perlahan jangan
sampai pecah minyak.
8. Hidangkan dengan nasi putih.


Related Posts with Thumbnails