Tag Archives: resipi ketam berlada

Ketam Bercili

Makan malam ni,  saya bercadang nak masak cili crab terlaksana juga akhirnya. Actually saya dah lama teringin nak makan cili crab setelah menonton rancangan Makan sutra di AFC. Nampak macam sedap dan mengiurrrkan!!.

Tapi semalam berbelanja nampak Cik ketam saya pun sambarlah!!. Tapi hanya hari ni ada peluang nak masak.  You bayang kalau ketam tu di biar semalaman walaupun di peti sejuk??  Rasa manis ketam 50% dah hilang.  So pengajaran untuk diri sendiri, lain kali jangan simpan ketam dalam peti sejuk…. beli dari kedai, mesti terus je masak ya…

Dalam rumah  hanya saya, Abang dan Adik je yang layan ketam!. Hubby tak masuk buku sebab elergi!. Kalau hari ni makan ketam, esok cari air laut untuk mandi!!….

Anyway oklah kami bertiga dapat juga merasa cili crab untuk bulan ni…

Resepi  Ketam Bercili

bahan-bahannya
4 ekor ketam
10 biji lada kering
1 labu bawang besar
5 ulas bawang putih
1 biji tomato
2 sudu besar sos ikan
2 sudu besar sos cili
2 sudu besar kicap manis
2 sudu besar sos tomato
sedikit garam, gula

Cara-caranya

1.  Kisar cili kering, bawang besar, bawang putih kemudian tumis hingga naik minyak.
2. Selepas itu masukkan sos tomato, sos cili, sos ikan, kicap manis dan sedikit air.
3. Perisakan dengan garam, gula dan serbuk perasa. Masukkan buah tomato yang di potong.
4. Setelah mendidih masukkan ketam yang telah dibersihkan dan di potong.
5. Masak ketam hingga isinya empuk dan hidangkan.

** satu lagi cara boleh goreng ketam terlebih dahulu , selepas itu bolehlah masukkan kedalam sambal.

more picture chili crab.


Related Posts with Thumbnails