Tag Archives: resipi kuew teow kungfu

Kuey Teow Kungfu

Salam Semua pengunjung yang dikasihi…  Kuey teow Kungfu ni saya masak untuk dinner. Sekarang ni tak de selera lagi nak makan nasi… First time buat!! tapi menjadikk dan sedap!! Anak2 saya makan sampai licin pinggannya… Resepi saya rujuk dari blogresipi dan dari sini. Resepi kat bawah adalah adaptasi dari 2 blog tadi… Saya ubah suai sikit ikut bahan yang ada kat dapur saya…. Sedap rasa kuey teow kungfu rupanya…. next time boleh buat lagikk sebab nampak gaya anak-anak saya dah mula sukakannya! lepas ni confirm ada permintaan utk buat lagi!!

Resepi Kuew Teow Kungfu

  • 1oo g  kuey teow ( ambil secekak je untuk seorang makan )
  • 1 biji telur saiz besar ( kalau telur kecil 2 biji )
  • sedikit lada sulah

(Pecahkan telur, kacau  dgn lada sulah & celupkan kueh teow. Pastu goreng atas kuali, mcm telur dadar. Dah siap angkat dan letak atas pinggan)

Untuk kuahnya

  • Isi ayam secukupnya  ( jumlah bahan anggaran untuk seorang makan )
  • daging batang pinang secukupnya
  • udang secukupnya
  • sotong secukupnya
  • Sayur-sayuran ( karot, kobis bunga, pak choi, kailan, cendawan tiram dll )
  • 2 ulas bawang putih
  • 2-3 sudu makan sos tiram ( saya campur sos tiram dengan 1 sudu kicap manis )
  • 1 sudu tepung jagung ( campur dengan sedikit air )
  • 2 cawan air stok udang ( kulit/kepala udang ditumbuk, campur air dan ambil stoknya )
  • 3 -4 biji cili padi ( diketuk atau ditumbuk)
  • minyak secukupnya untuk menumis
  • sedikit garam

Cara penyediaan

1. Tumis bawang putih hingga wangi kemudian masukkan daging dan isi ayam. Masak sehingga daging atau ayam agak empuk baru masukkan sos tiram, air rebusan udang, lada sulah dan bancuhan tepung jagung.

2. Bila mendidih masukkan sayur-sayuran, seafood, cili padi, lada sulah.

3. Bila sayur layu, sesuaikan rasa ( kalau dah masin tak perlu letak garam ) dan tuangkan kuah keatas kuey teow yang telah digoreng dengan telur tadi….

4. Hidangkan dengan cili jeruk atau kicap cuka bercili…. Yummy!!!

Related Posts with Thumbnails