Tag Archives: resipi meatball

Bebola Daging ( Meatball )

Jom…. silalah jamu ya…. Cuma ada meat ball goreng dengan air teh o jer buat minum petang!. Itu pun di goreng khas oleh anak perempuan saya!!! Meatball ni pun yang readymade punyer…. bukan di buat sendiri!! Memanglah tak sama cam meatball yang dibuat sendiri… tapi layan betul makan meatball ni dengan cicah sos cili sambil tengok Astro!!! tima acih lah kat adik anis sebab tolong siapkan makanan untuk minum petang ni ya!!! Esok tolong wat lagik ya….. sedap ni!!!!

Kalau ada sesiapa nak buat sendiri bolehlah guna resepi kat bawah ni… resepi ni dari Myresepi….. tapi tak pasti dari siapa!!! sebab dulu2 suka kumpul resepi dari internet.. tapi tak tulis pulak sumber dari mana….. kalau tuan punyer resepi perasan, ni resepi dia bolehlah  bagi tau dan letak link kat bahagian komen yer… apa2 pun terima kasih banyak!!

Resepi Bebola Daging ( sumber: Myresepi )

600 g daging cincang
3 sb tepung jagung
1/2 sb lada putih serbuk
1 sb ketumbar serbuk
1 sk jintan manis serbuk
1 sk jintan putih serbuk
2 hiris halia – ditumbuk halus
4 ulas bawang putih – ditumbuk halus
1 biji telur
garam secukup rasa

Cara Penyediaan

1. Gaul rata semua bahan2 dan perap sebentar.
2. Bulat2kan adunan menjadi bebola kecil.
3. Panaskan air hingga mendidih dan rebus bebola.Angkat dan toskan.
4. Boleh di makan begitu saja, di goreng atau di gunakan sebagai masakan seperti spegeti, bakso dll.


Related Posts with Thumbnails