Tag Archives: Resipi Mee goreng Mamak

Mee Goreng Mamak

Hari ni terasa-rasa nak makan mee goreng mamak… try cari resepi die kat tenet!! selama ni memang  tercari2 resepi mee ni… tapi bile baca resepi tu rata2 sama je macam dengan mee goreng biasa.

Perasan tak bila makan kat kedai mamak, biasanya mee goreng mamak ni biasanya tak ada daging, ayam atau udang langsung. Yang banyak kat dalam mee tu cuma tauhu, cucur udang , cucur tepung dan taugeh je… tapi rasa mee nya memang sedap!! Saya pernah intai cara diaorang masak mee goreng kat kedai mamak… Apa yang saya lihat biasanya mereka telah sediakan pes mee tu terlebih awal. Bila ada orang order barulah mereka masak pes tu bersama bahan2 seperti mee taugeh, tauhu dll.

Saya rasa kunci sebenar keenakkan mee goreng mamak ni terletak pada pes nya. Apa yang terkandung pada pes tu mungkin ‘secret recipe’ yang tak mungkin orang2 yang berniaga ini bocorkan demi periuk nasi diorang. Tapi kalau kita kreatif bila rasa je kita boleh agak apa bahan2 yang diletakkan dalam mee tu. Saya rasa saya boleh agak apa bahan2nya… tapi saya belum berkesempatan nak try…. kerana saya nak cuba resepi dari kak liza ni dulu…  Rasa resepi ni boleh tahan gak!! Tak nyesal cuba… cuma saya ada ubahsuai sikit2 ikut citarasa saya.  Saya ingin share resepi kak liza ni kat sini…

Resepi Mee goreng mamak ( Sumber: Chef Hanilieza )

  • 500 gm mee kuning
  • 100 gm daging -hiris nipis  ( boleh ganti dengan udang, sotong atau isi ayam – ikut suka )
  • 100 gm fish cake – saya ganti dgn 3 keping tauhu ( goreng dulu baru potong2)
  • 4 keping kuih cucur udang ( tak letak sbb tak ada )
  • 1 cawan taugeh
  • 1 mangkuk sawi [potong kecil]
  • 3 sudu cili mesin.~~ nak pedas bubuhlah lebih
  • 1 sudu rempah kari
  • 3 sudu kicap pekat
  • 3 sudu sos tomato/cili – saya tambah
  • 2 sudu minyak masak
  • 1 labu bawang besar [cincang halus]
  • 1 cawan putih telur – saya letak 2 biji telur
  • 3 biji cili hijau [hiris nipis]
  • 1 kiub ayam/daging – saya tambah

Cara penyediaan

1. Panaskan minyak. Masukkan bawang dan cili & rempah dan biarkan garing dan wangi.
2. Masukkan daging dan kacau rata.
3. Masukkan fish cake/tauhu. Biar sebentar.
4. Masukkan kicap, sos cili dan mee. Kacau rata.
5. Masukkan taugeh dan sawi.
6. Ketepikan mee dan masukkan telur di tengah-tengah kuali.
7. Biarkan telur tu masak sikit barulah dikacau dan gaul rata.
8. Masakkan mee agak kering.
9. Hidangkan dalam pinggan leper dan hiaskan dengan hirisan limau kasturi atau limau nipis.

Related Posts with Thumbnails