Tag Archives: resipi nasi ayam

Nasi Ayam Madu

Salam hari Ahad… cuti sekolah masih panjang lagi… tentu ramai yang keluar jalan2 kan hujung minggu ni…. kami sekeluarga tak kemana2… rehat-rehat kat rumah je… Nasi ayam madu ni saya masak untuk hidangan tengahari tadi… Kebetulan my husband dan anak2 tak kemana2 hari ni so saya masak special lah sikit!!!… saya kata nasi ayam madu ni special sebab dari dulu sampai sekarang nasi ayam ni tetap menjadi makanan kesukaan saya, my husband dan anak2…. ok.. tak yahlah saya nak membebel banyak2, layan je resepi kat bawah..

Resepi Nasi Ayam Madu

  • 4 cawan beras siam / basmathi
  • 1 ekor ayam (dipotong 2 @ 4) – asingkan kepak, leher dan kaki untuk sup.
  • 1 kiub ayam
  • 1 ½ inci halia
  • 4 ulas bawang merah
  • 4 ulas bawang putih
  • 4 sudu besar madu
  • 4 sudu besar kicap manis
  • 4 sudu makan sos tiram
  • 2 sudu makan minyak bijan
  • air secukupnya
  • sedikit garam
  • 1 sudu besar penuh mentega/marjerin
  • kulit kayu manis
  • daun pandan

Cara penyediaan

1. Tumbuk garam,halia dan bawang putih  hingga hancur kemudian lumur pada ayam. Perap sebentar.
2. Sediakan kukusan yang berisi air. Sebelum mengukus boleh masukkan kepak, kaki, leher ayam dan kiub ayam pada air kukusan tadi. Kemudian kukuslah ayam yang telah diperap dengan halia, bawang putih dan garam sehingga 3/4 masak.
3. Ayam yang telah di kukus tadi diangkat dan kemudian diperap seketika dengan kicap manis, sos tiram, madu dan minyak bijan. Sementara ayam di perap dengan madu tadi bolehlah sediakan nasi ayam.
4. Untuk nasi, panaskan mentega/ marjerin kemudian tumis bawang merah, halia, bawang putih dan kulit kayu manis hingga wangi. Masukkan beras yang telah dicuci kedalam tumisan tadi. Goreng seketika.
5. Masukkan air kukusan ayam tadi bersama daun pandan dan sedikit garam pada beras yang telah digoreng tadi…. jumlah air bergantung pada beras yang anda gunakan. Masak nasi lah seperti biasa.
6. Tinggalkan sedikit air kukusan ayam tadi untuk sup.
7. Ayam yang telah diperap bersama madu, kicap, sos tiram dan minyak bijan tadi bolehlah di bakar dalam oven. Atau boleh juga di goreng dengan minyak penuh. Pastikan semasa membakar atau menggoreng janganlah terlalu lama kerana ayam tersebut sudah dikukus….
8. Angkat ayam yang telah digoreng atau dibakar tadi, kemudian bolehlah dipotong2 dan dihidangkan dengan salad, tomato, timun, sup, sos kicap dan sos lada.

Untuk Sos kicap

  • kicap manis
  • sos tiram
  • minyak bijan
  • sedikit sup

* Satukan bahan diatas. Kacau dan hidangkan…. boleh jugak dicampurkan lebihan kicap yang diperap bersama ayam kukus tadi. sedia untuk dihidangkan.

Untuk sos lada/ sos cili

  • 8 -10 batang cili merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 3/4 inci halia
  • 1 sudu kecil garam
  • 3 – 4  sudu makan penuh gula
  • 4  sudu makan cuka
  • 1/2 cawan air masak
  • 1 sudu makan sos ikan ( jika suka )

* Masukkan semua bahan dalam blender kemudian kisar hingga hancur… sesuaikan rasa kemudaian sedia utk dihidangkan.


Nasi Ayam

Hari ni masuk hari kedua kita berpuasa….  saya rasa sangat berbangga melihat putra dan putri saya tak ada masalah langsung untuk berpuasa… Walaupun cuaca panas dan letih je bila pulang dari sekolah, tapi tak pernah merungut untuk berbuka.  Teringat pula saya masa saya sarat mengandung  ( 9 bulan ) si abang, saya masih dapat puasa penuh walaupun doktor menasihatkan saya untuk tidak berpuasa takut menjejas kandungan…. tapi azam dan tekad saya sangat kuat untuk berpuasa walaupun agak lemah!! Begitu juga masa mengandung si adik!.  Semasa kandungan saya 7 bulan saya juga dapat berpuasa penuh!!!! Rupanya azam dan tekad saya itu telah mempengaruhi anak -anak saya.  Pada usia 5 tahun anak-anak saya sudah mula menunjukkan minat nak berpuasa…..  waktu kecil2 dulu tu pernah saya offer untuk berbuka puasa kerana kesian tengok dia lemah jer disebabkan berpuasa tapi anak2 saya tetap tak mahu berbuka…. jika dia rasa tak tahan anak saya akan tidur hinggalah berbuka puasa……

Bila dah besar ni saya dah tak risau sangat tentang puasanya kerana anak2 saya dah boleh berpuasa seperti biasa…. cuma kadang2 selalu minta habuan seperti minta saya menyediakan makanan yang sedap2 semasa berbuka tak kiralah samada masak sendiri atau beli!!!  Tapi untuk hidangan hari ini saya rajin untuk memasak makanan kegemaran anak-anak saya, iaitu nasi ayam…  nak resepi boleh check kat sini.

Kuih badak berendam dan tepung bungkus pun ada… yang ni beli jer kat Bazar Ramadan!! Keluarga saya kecil aje saya rasa beli lebih jimat kerana kami makan pun tak banyak!!! Air untuk berbuka puasa pula adalah air tebu untuk anak2 saya dan air teh O panas untuk saya dan my husben!!! Alhamdulillah… semua makanan dalam gambar ni telah selamat berada dalam perut kami!!!!


Roasted Chicken Rice (Nasi Ayam Panggang)

Yummy!! Sedap sungguh nasi ayam ni…… Resepi nasi ayam ni kalau nak diikutkan lebih kurang sama saja dengan nasi ayam yang biasa saya buat sebelumnya…. Yang membezakanya rempah ayam di tambah dengan madu…. Rasanya lebih sedap! lemak-lemak manis dan sangat wangi!! Kulit ayam yang bersinar-sinar tu disebabkan saya tambah minyak bijan untuk menambahkan aroma pada ayam!! Saya sangat suka memasak nasi ayam ni kerana  cara penyediaannya sangat mudah , cepat dan tak banyak kerenah. Husband dan anak-anak saya sangat suka makan nasi ayam ni….. So di bulan puasa nanti nasi ayam ini  akan menjadi pilihan saya sebagai juadah untuk berbuka puasa…….

Sesiapa yang nak try nasi ayam ni…silalah layan resepinya dibawah!!!

Roasted Chicken Rice ( sumber : Dapur Muna )

1 whole chicken (about 1 1/2 kg
1 tbsp grated ginger
1 tsp finely chopped garlic
1 tbsp thick soy sauce
1 tbsp oyster sauce
2 tsp honey
1 tsp salt
1/2 tsp ground white pepper

1 cucumbers, sliced, to garnish
2 spring onions, to garnish

Chillie Sauce:
4 red chillies
2 cloves garlic, minced
3 cm young ginger, minced
1 1/2 tsp fresh lime juice
1 tbsp sugar
1/2 tsp salt
5 tbsp chicken stock or water

2 cups Basmathi rice
1 1/2 tbsp oil
2 pcs star anise
1 cinnamon stick
1 1/2 cm ginger, peeled and sliced
4 cloves garlic, minced
1/2 tsp salt
3 cups chicken stock

Trim the fat from the chicken, then rinse and pat dry. Combine the ginger , garlic, oyster sauce,soy sauce, honey, salt, pepper and five spice powder, then rub this mixture all over the chicken.

To make Chillie Sauce, grind all the ingredients in a blender.

Preheat oven to 200 C. Place the chicken in a roasting pan and roast in the oven for 20 minutes. Then reduce the heat to 170 C and roast for 30 – 40 minutes until the skin is browned and crisp. The chicken is cooked if the juices run clear when the thigh is pierced with a fork. Remove the chicken from the oven and set aside for 15 minutes. Then cut into serving portions.

While the chicken is roasting, rinse and drain the rice.
Heat the oil in a pan over medium heat and stir fry the ginger,garlic, star anise and cinnamon until fragrant, about 2 minutes. Add the rice and stir fry for 3 – 4 minutes. Add the salt and chicken stock and bring to a boil. Then lower the heat and simmer covered for 15 – 20 minutes, until rice is cooked.



Related Posts with Thumbnails